Perlunya ‘Movement’ Tukar Alamat Mengundi Oleh Perantau

Shah Alam – Tibanya musim pilihan raya tidak kira Pilihan Raya Umum (PRU) ataupun Pilihan Raya Negeri (PRN), pastinya ramai anak perantau akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Antara perantau yang paling ‘popular’ apabila tibanya musim mengundi ialah perantau daripada negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu kerana musim tersebut akan menampakkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dibanjiri dengan kenderaan-kenderaan mereka.

Pemuda BERJASA, Najmi Aiman berpendapat budaya sebegini sewaktu musim pilihan raya perlu diubah kerana mereka perlu lihat dari sudut pandang yang berbeza iaitu memakmurkan kawasan atau negeri yang mereka menetap sekarang.

Bagi beliau, golongan perantau ini perlu sedar bahawa menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada mereka untuk menyumbang kepada kawasan yang mereka tinggal bukan sahaja dalam aspek ekonomi malahan pentadbiran politik kawasan tersebut.

“Golongan perantau apabila pulang ke kampung halaman dan mengundi di sana, ia hanya akan memberikan manfaat di kawasan tersebut yang bukannya tempat mereka tinggal secara lama sedangkan kawasan yang mereka diami untuk bekerja dan bermastautin tidak diberikan perhatian khusus”.

“Apabila kita mencari rezeki di kawasan yang mereka menetap sekarang, perlunya ada rasa tanggungjawab untuk terlibat sekali dalam libat urus memilih pemimpin di kawasan itu. Kita tidak mahu bergenerasi golongan perantau ini tinggal di kawasan tersebut tetapi masih lagi memilih untuk mengundi di kampung halaman asal”, jelas beliau.

Oleh hal yang demikian, beliau berpendapat bahawa golongan ini perlu mula untuk menukar alamat mengundi mereka dengan memilih kawasan yang mereka tinggal ini secara tetap.

“Jadi seeloknya mereka menukar alamat mengundi mereka kepada kawasan yang mereka tinggal sekarang. Saya sebagai anak Selangor lihat ramai perantau Kelantan di kawasan Shah Alam maka sebaiknya mereka menjadi pengundi di sini. Selain dapat menjimatkan masa dan kos pulang, mereka sudah sepatutnya menjadi penduduk di sini kerana ada yang sudah tinggal di Shah Alam lebih daripada lima tahun”, kata beliau.

Tambah beliau, gerakan untuk menukar alamat mengundi perlu digencarkan dengan lebih rancak dan meluas kerana kesedaran di kalangan mereka ini masih rendah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

MUDA Perlu Tolak Tawaran DAP

Next Post

Reformasi Hanya Mimpi Kosong

Related Posts