Mansuh Skim Rumah Pertamaku : Apa Nasib B40?

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Bangi – Pemansuhan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bagi pembeli rumah pertama dilihat satu langkah yang hanya akan menyebabkan golongan kurang berkemampuan sukar untuk memiliki rumah.

Naib Presiden BERJASA, Ts. Ir Muhammad Lukman Al Hakim Mohammad berkata langkah itu adalah satu tindakan yang dianggap sebagai satu tindakan cakap tidak serupa bikin.

Katanya, kerajaan dahulu tegaskan ingin serius membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dengan harga mampu milik namun tindakan yang mereka buat sekarang seakan memungkiri janji yang terdahulu.

“Skim Rumah Pertamaku terbukti telah berjaya membantu golongan yang berpendapatan kasar bulanan RM10,000 untuk memiliki rumah”.

“Malahan di dalam laman web Cagamas menunjukkan sebanyak 90,000 pemohon berjaya mendapatkan rumah menerusi skim berkenaan dan 90 peratus adalah pemohon yang berumur 25 hingga 40 tahun”.

“Jadi apabila skim ini dimansuhkan, ia semestinya akan memberi kesan kepada golongan B40 untuk memiliki rumah sedangkan kita tahu harga rumah kini melambun tinggi”, tegas beliau.

Terdahulu, Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April 2023 ini.

Skim tersebut dibuat bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rumah pertama terutamanya bagi golongan B40 dan M40.

PropertyGuru Malaysia dalam kajian Sentimen Pengguna Separuh Pertama 2023 melaporkan separuh rakyat ataupun anggaran 47% rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah bermula hanga RM350,000.

Sumber – TV Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Jangan Cemari Ramadhan Dengan Festival Gay – Fahmi Bazlan

Next Post
Bendahari Wanita BERJASA Malaysia, Datin Asmahan Zaidon

Wanita dan Pembangunan Negara – Datin asmahan Zaidon

Related Posts