Lambakan Kilang Haram Punca Trafik Tinggi

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Puchong – Lambakan lori di atas jalan kebelakangan ini sebenarnya berpunca daripada lambakan kilang haram yang dibina tanpa pengawasan pihak berkuasa.

Kilang-kilang haram ini dibina di kawasan terpencil yang mempunyai akses jalan begitu sempit sebagai jalan pengangkutan ke kilang tersebut.

Agak berbahaya apabila jalan yang sempit itu juga dilalui oleh lori-lori yang besar saiznya dengan tujuan untuk mengambil barangan daripada kilang.

“Kita boleh mengambil iktibar daripada kes kejadian kemalangan yang tragik di Telok Gong baru-baru ini. Kemalangan yang melibatkan kanak-kanak berumur 9 tahun setelah digilis oleh lori amat menyayat hati masyarakat Malaysia yang melihatnya”.

“Apabila saya melihat video tersebut, kelihatan keadaan jalan tersebut yang agak sempit untuk dilalui oleh sebuah lori yang besar”, jelas beliau.

Tambah beliau, ini mungkin boleh berpunca daripada terdapatnya kilang-kilang haram di sekitar kawasan tersebut yang akhirnya memaksa lori muatan berat untuk melalui jalan tersebut.

“Situasi yang berlaku bukan sekadar di Telok Gong, bahkan turut berlaku di kawasan lain, di mana kilang-kilang haram dibangunkan di kawasan tanah kerajaan yang terbiar”.

“Melihat kepada pengalaman lepas tinjauan yang saya sendiri lakukan di Kampung Johan Setia dalam parlimen Kota Raja, memang ada campur tangan pemimpin tempatan yang menjadi kambing hitam bagi memeberi ruang dalan jalan untuk kilang-kilang haram ini beroperasi””

“Kilang haram ini mendatangkan pencemaran udara dan bau di kawasan sekitar malahan kehadiran lori-lori bermuatan berat turut mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya”, tegas beliau.

Katanya, jalan raya juga akan mudah rosak dan ini menganggu pengguna jalan raya lain yang ingin menggunakan laluan tersebut.

Kerajaan sepatutnya melihat perkara ini dengan serius dan tidak wajar memandang isu ini dengan sepi sehingga menunggu kes kematian berlaku baru ingin bertindak.

Sebelum ini tular mengenai kes kemalangan maut yang berlaku di Telok Gong akibat motor yang dibonceng oleh mangsa berumur 9 tahun dirempuh oleh lori bermuatan berat.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Wanita BERJASA, Siti Umi Kalsom

bazar Usrah Khadijah Sedia Ringankan Beban Masyarakat

Next Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Pusat Pemprosesan Visa Pelancong China: Idea Yang Tidak wajar & Jejaskan Kedaulatan Negara

Related Posts