Bangi – Seramai 60 anak muda menyertai Townhall Presiden BERJASA bertempat di BERJASA HQ pada hari ini.
Mereka terdiri daripada anak-anak muda daripada seluruh Malaysia yang datang untuk bertukar buah fikiran bersama Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim.
Di dalam ‘townhall’ tersebut, Ustaz Zamani Ibrahim berkali-kali mengingatkan bahawa betapa pentingnya anak-anak muda kini untuk menjadi ejen perubahan kepada masa depan negara.
Beliau menyeru untuk anak-anak muda agar mencorakkan politik negara yang lebih bersih bagi memastikan Malaysia dapat ditadbir dengan makmur dan gemilang.
Sambil itu juga, para peserta sempat bertukar pandangan dengan beliau dalam bertanyakan soalan berkenaan perancangan BERJASA kepada anak-anak muda terutamanya melibatkan Undi 18.
Tidak ketinggalan juga soalan yang ditanyakan oleh para peserta yang dilihat berminat untuk menyertai BERJASA.
Hal ini menunjukkaan secara jelas bahawa BERJASA sudah mula mendapat tempat di hati anak-anak muda yang dilihat sedang mencari arus segar dalam dunia politik nasional.
Untuk makluman, ini kali pertama BERJASA menganjurkan ‘townhall’ bersama anak-anak muda dalam usaha meraikan pendapat rakyat Malaysia berkenaan politik nasioanl.