PRN 2023: Rakyat Perlu beri Signal Jelas Pada Kerajaan

Puchong – Menjelang dua hari lagi sebelum berlangsungnya pesta demokrasi iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada 12 Ogos 2023, pelbagai acara dan kempen telah diadakan oleh setiap parti yang bertanding.

Hal ini memperlihatkan bahawa PRN kali ini adalah satu medan yang besar kepada parti dan ahli politik untuk meluaskan pengaruh kepada rakyat tatkala berhadapan dengan defisit kepercayaan tentang nilai integriti milik ahli politik itu sendiri.

Tidak kira di pihak pembangkang mahupun kerajaan, rakyat kini dilihat sudah muak dengan politik nasional kerana tidak menunjukkan nasib mereka ini akan terbela oleh ahli-ahli politik.

Timbalan Presiden BERJASA, Dato’ Mohd Rosli Ramli berkata kekecewaan yang diluahkan oleh rakyat amat jelas apabila melihat situasi politik negara yang berkecamuk kini.

Beliau menambah, bilangan pengundi yang dijangka turun pada PRN kali ini sebanyak 9.7 juta pengundi merangkumi enam buah negeri yang akan mengadakan PRN adalah satu jumlah bilangan yang signifikan kerana ia berpotensi memberi satu signal kepada kerajaan persekutuan.

“9.7 juta pengundi ini perlu menterjemahkan hak dan suara mereka ini dengan turun mengundi pada PRN nanti. Jika peratusan keluar mengundi rendah tidak mencapai 85% dan hanya dalam lingkungan 70% serta 60%, ia amat mengecewakan dan tidak akan dapat memberikan signal yang jelas kepada kerajaan”.

“Jadi saya mengharapkan pengundi-pengundi di enam buah negeri ini dapat keluar mengundi beramai-ramai untuk menjelmakan hak dan suara mereka di dalam PRN yang akan berlangsung nanti”, jelas beliau.

Kenyataan beliau ini dipetik ketika berlangusngnya Wacana Impian Nasional anjuran parti BERJASA bertajuk PRN: Isyarat Dari Rakyat? yang berlangsung pada 4 Ogos 2023 yang lepas.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Cabar Mahkamah Syariah: Kerajaan Perlu Bertegas

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Adakah Benar Taikun Kapitalis Masuk Campur Dalam Politik Kita?

Related Posts