Jika Benar Ahli Politik Ingin Satukan Orang Melayu

Perpecahan yang berlaku dalam kalangan pemimpin politik berbangsa Melayu semakin membarah hingga memberikan kesan yang tidak baik kepada rakyat terutamanya orang Melayu sendiri.

Sikap tamak mereka yang mendambakan kuasa sebenarnya telah menimbulkan kekacauan yang besar bukan sahaja kepada kestabilan politik malahan kepada penyatuan orang Melayu itu sendiri.

Jika dilihat situasi sekarang di arus politik nasional, wujudnya berbalas kenyataan di antara parti A dan parti B yang masing-masing ingin menunjukkan bahawa mereka lah jaguh di mata rakyat.

Apa yang diperkatakan oleh mereka satu-satunya kebenaran yang perlu didengar oleh rakyat dan yang lain pula dusta semata-mata.

Di peringkat bawahan pula terdiri daripada rakyat yang berbekalkan sifat wala’ dan taksub, mereka terus mempercayai secara bulat-bulat kenyataan ahli politik dan parti yang disokong mereka sehingga di satu peringkat mereka terus menyerang parti dan penyokong lawan dengan kata-kata yang penuh nista.

Keadaan ini boleh dilihat secara jelas di media sosial apabila para netizen daripada kedua-dua belah blok parti sering berbalas-balasan komen dengan ayat yang penuh cemuhan.

Bagi ahli-ahli politik, mereka akan beranggapan ini satu petanda yang baik kerana ia menunjukkan mereka dan parti mereka masih relevan kerana mempunyai pengikut setia yang mempercayai apa yang diperkatakan oleh mereka.

Di sisi lain yang tidak dilihat oleh mereka pula, ini menunjukkan satu bencana kepada pengundi majoriti di Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu kerana mereka mudah berpecah akibat sikap tamak kuasa ahli politik.

Mereka secara zahirnya sudahpun sedar bahawa terdapat satu gerakan yang muncul untuk mencemar kesucian agama Islam dan hak keistimewaan Bumiputera namun disebabkan taksub dengan parti politik yang disokong mereka, mereka seakan berada di dalam “denial syndrome” yang ingin menolak apa yang realiti yang berlaku kini.

Ini akan merugikan orang Melayu itu sendiri dan menjadikan politik orang Melayu itu kelihatan bodoh dan tidak akan terus maju.

Jika Benar Ingin Menyatukan Kembali Orang Melayu

Slogan ‘Hidup Melayu’ bukan sahaja dilaungkan oleh seoarang atau dua ahli politik Melayu malahan ratusan sudah melaungkannya daripada dahulu hingga sekarang kononnya mereka tekad dan ikhlas ingin memperjuangkan nasib bangsa.

Padahal itu hanya satu tindakan mereka untuk menunggang kedudukan bangsa bagi meningkatkan lagi kedudukan mereka dalam politik di mata orang Melayu.

Untuk memulihkan kembali kesilapan mereka setelah melihat berpecahnya orang Melayu di bawah mereka, mereka sepatutnya boleh mula muhasabah diri dengan bertekad untuk menjadi ahli politik yang mempunyai misi yang jelas dalam mengajak kesatuan Melayu ini ke arah yang lebih besar lagi.

Usaha ke arah penyatuan sudahpun ada sebelum ini namun wujudnya gerakan yang menjatuhkan ia dan perkara ini bukan petama kali berlaku. Setiap kali usaha ini ingin dibuat pasti ada tangan yang ingin jatuhkannya maka wajar untuk ahli-ahli politik Melayu ini mula sedar akan kesilapan lalu dan memulihkannya kembali.

Selain itu, antara sikap yang sukar diubah oleh ahli politik tidak kira yang baru atau lama ialah pengambilan rasuah. Amalan rasuah ini dilihat seakan sudah sebati dengan diri mana-mana ahli politik.

Disini ditekankan soal rasuah adalah kerana pengambilan rasuah hanya ‘mendidik’ ahli politik untuk patuh dan fokus kepada kepentingan peribadi sahaja tanpa memikirkan nasib yang menimpa golongan bawahan.

Rasuah yang dikumpulkan hanya untuk kekayaan mereka sahaja bukannya untuk kebaikan mana-mana pihak. Maka menjadi satu kewajiban kepada ahli-ahli politik untuk mencegah diri daripada rasuah demi kebaikan diri dan masyarakat khususnya Melayu itu sendiri.

Jika dua tuntutan ini berjaya diikuti dan dibuat oleh ahli-ahli politik Melayu, yakinlah bahawa penyatuan Melayu itu dapat dibuat dan menjadi kuat lagi.

Najmi Aiman

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA atau parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA. Mohd Hamdan

Apa Motif Tiong King Sing Beriya Melepaskan Warga China Masuk Malaysia?

Next Post

nASTRACOM Muncul Berwajah Baharu

Related Posts