Keselamatan Perairan Negara Terus Diperkotak-Katikkan Oleh Negara Luar – Ir Ts Lukman Al Hakim

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Bangi – Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim melahirkan kebimbangan berkenaan situasi keberadaan kapal pengawal pantai dari Jepun dan China di kawasan Beting Patinggi Ali yang terletak di perairan Miri, Sarawak minggu lepas.

Keadaan ini bagi beliau amat membimbangkan kerana ia merupakan satu ancaman jelas terhadap keselamatan dan kedaulatan negara kita serta perlu diambil secara serius oleh Kementerian Pertahanan.

Tambah beliau, Beting Patinggi Ali merupakan kawasan milik mutlak Malaysia yang jelas berada di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia. Kementerian Pertahanan baru-baru ini juga mengeluarkan kenyataan rasmi yang menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf mana-mana tuntutan dari negara lain terhadap kawasan ini.

Namun beliau mempersoalkan akan kenyataan Kementerian Pertahanan bahawa jika benar aset pertahanan negara kita mencukupi bagi mengawal kawasan Beting Patinggi Ali, mengapa dengan mudahnya kapal pengawal pantai daripada luar keluar masuk di sempadan perairan kita?

Sepatutnya sebarang pencerobohan oleh mana-mana entiti luar mesti dicegah dengan kawalan keselamatan yang ketat apatah lagi kapal pengawal pantai itu dilengkapi dengan senjata meriam.

Ini sudah tentu berisiko untuk tercetusnya pertempuran sengit yang bakal menjerumuskan negara ke lembah peperangan yang lebih parah.

Beliau berpendapat pencerobohan dari Jepun dan China ini juga membuktikan perundingan antara negara yang bertelagah gagal diselesaikan dan harus diserahkan kepada Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA Rakam Takziah Ke Atas Mangsa Gempa Bumi Di Turki Dan Syria

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Hentikan Politik Dendam – Fahmi Bazlan

Related Posts