Polemik Kebebasan Bersuara di Malaysia

Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Bangi – Media Singapura iaitu Straits Times (ST) melaporkan pada semalam bahawa kebebasan bersuara di Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) semakin menurun dan merosot.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman melihat dakwaan daripada media ST itu agak awal untuk dinilai kerana kerajaan kini masih lagi baharu dibentuk dan belum mencecah setahun pentadbiran lagi.

Bagi beliau, agak ironi jika kita mengatakan DSAI cuba menyekat kebebasan bersuara kerana sebab beliau juga mangsa kebebasan bersuara disekat dahulu.

Beliau sendiri merasa sekatan tersebut zaman universiti dan zaman reformasi sewaktu memperjuangkannya bersama-sama penyokongnya.

Namun demikian, seorang ahli politik mudah berubah mengikut keadaan semata-mata untuk mempertahankan kuasa yang telah berjaya dipegang olehnya.

Dalam masa yang sama, kerajaan yang terbentuk kini adalah daripada koalisi yang baharu dan sukar dijangkakan adakah sama ada ia akan terus kukuh atau sebakliknya ditambah pula dengan dakwaan percaturan pembangkang yang ingin menumbangkan kerajaan.

“Cuma saya rasakan, dakwaan daripada Straits Times ini mungkin ditujukan ke atas halangan yang dikenakan kepada penyokong LGBTQ yang baru-baru ini mendapat tumpuan media ketika perarakan Hari Wanita Sedunia di KL”.

“Ataupun ada asas dakwaaan lain iaitu tindakan Perdana Menteri yang bertindak ingin menyaman sebahagian ahli pembangkang yang mengeluarkan kecaman kepada beliau. Kalau ambil asas dakwaan itu, mungkin boleh diterima seperti memfailkan saman fitnah dan laporan fitnah jenayah terhadap pembangkang termasuk terhadap Pengerusi PN yang juga bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin”.

“Namun, kalau dakwaan dikeluarkan kerana menyekat hak golongan LGBTQ untuk bersuara, saya tidak setuju kerana mereka perlu jelas bahawa norma songsang itu tidak pernah diterima di negara ini apatahlagi untuk menyatakan hak asasi mereka”, tegas beliau.

Jelas beliau lagi, kita sudah mula melihat ada beberapa ‘pressure group’ yang mula meminta perkara-perkara yang pelik dalam kalangan masyarakat kita untuk memenangkan agenda merekadan salah satunya adalah pejuang LGBTQ.

Perjuangan golongan yang melanggar norma masyarakat di Malaysia wajar disekat kerana dikhuatiri boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan di negara kita.

Bukan itu sahaja, malahan ia bertentangan dengan norma ketimuran dan agama Islam itu sendiri yang dijunjung sebagai agama rasmi persekutuan.

Justeru, beliau berharap kerajaan tetap bertegas dalam mencegah fahaman ini daripada terus disebarkan dan dalam masa yang lama tidak menyekat suara daripada pimpinan pembangkang yang mengeluarkan idea ataupun hujah untuk kebaikan bersama.

Sebelum ini, media ST melaporkan berlakunya penurunan kebebasan bersuara di Malaysia akibat sekatan yang banyak dikenakan sewaktu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Di Mana Prinsip Menjunjung Kedaulatan Kehakiman?

Next Post
Wanita BERJASA, Siti Umi Kalsom

bazar Usrah Khadijah Sedia Ringankan Beban Masyarakat

Related Posts