bazar Usrah Khadijah Sedia Ringankan Beban Masyarakat

Wanita BERJASA, Siti Umi Kalsom

Kapar – Wanita BERJASA meneruskan inisiatif kebajikan mereka dengan melancarkan Bazar Usrah Khadijah bertempat di Pusat Komuniti BERJASA Kapar.

Bazar Usrah Khadijah ini akan dijalankan pada 1 April sehingga 7 April dan menawarkan banyak pilihan baju raya untuk dimiliki oleh orang ramai yang tidak berkemampuan.

Timbalan Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom ketika dihubungi berkata, inisiatif yang dilakukan oleh Wanita BERJASA ini adalah satu usaha daripada mereka meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan untuk persiapan hari raya Aidfilfitri nanti.

“Sebelum ini Usrah Khadijah yang dibawakan oleh Wanita BERJASA adalah satu jenama yang berkongsi ilmu kepada masyarakat. Maka untuk Ramadhan kali ini kami ingin bawakan Usrah Khadijah untuk meluaskan peranannya dengan menawarkan inisiatif kebajikan kepada masyarakat melalui program Bazar Usrah Khadijah.”

“Bazar Usrah Khadijah menawarkan pelbagai pilihan baju raya terpakai yang masih lagi elok untuk dimiliki secara percuma. Kami jamin 90% baju raya yang ditawarkan oleh Bazar Usrah Khadijah masih dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk dipakai pada hari lebaran nanti”, jelas beliau.

Jelas beliau, Bazar Usrah Khadijah tidak hanya terbuka kepada golongan B40 malahan golongan yang benar-benar memerlukan seperti golongan M40 juga dialu-alukan untuk hadir sama.

Wanita BERJASA faham kesusahan yang dialami oleh rakyat kini akibat kenaikan kos keperluan barang dan sebagainya maka diharapkan program ini mampu meringankan beban mereka.

Dalam bulan Ramadhan ini, program Bazar Usrah Khadijah adalah program kebajikan yang kedua selepas bantuan kewangan yang disalurkan kepada seorang pesakit kanser saraf tunjang tahap empat.

“Baru-baru ini Wanita BERJASA baharu sahaja selesai menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM2,300 kepada keluarga pesakit kanser saraf tunjang tahap empat. Alhamdulillah bantuan kewangan itu mampu sedikit sebanyak meringankan beban keluarga pesakit untuk menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan”.

“Kami mengharapkan program-program kebajikan yang kami tawarkan bukan sahaja mampu meringankan beban masyarakat yang memerlukan malahan mampu merapatkan hubungan Wanita BERJASA dengan masyarakat luar”, kata beliau.

Bazar SitI Khadijah akan berlangsung pada 1 April sehingga 7 April 2023 (Isnin hingga Jumaat) di Pusat Komuniti BERJASA Kapar.

Pelbagai baju raya yang menarik ditawarkan kepada orang ramai dan milikinya secara percuma.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Polemik Kebebasan Bersuara di Malaysia

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Lambakan Kilang Haram Punca Trafik Tinggi

Related Posts