Di Mana Prinsip Menjunjung Kedaulatan Kehakiman?

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Shah Alam – Pemberian semula passport Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya berlaku kerana kes-kes perbicaraannya di mahkamah masih sedang berlangsung.

Itu penegasan yang diberikan oleh Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan ketika mengulas isu ini.

Tindakan ini menunjukkan kemungkinan terdapat unsur pengkastaan dalam perlaksanaan undang-undang secara berterusan oleh kerajaan semasa.

Tegas beliau, kenyataan media daripada portal-portal berita yang menyatakan Timbalan Pendakwa Raya diarahkan untuk tidak membantah permohonan Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan kemungkinan terdapat unsur penyalahgunaan kuasa dalam memberi tekanan kepada pihak pendakwa raya.

“Jika perkara ini berterusan untuk kes-kes yang melibatkan ahli politik yang lain, rakyat secara umumnya akan melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini yang dilihat hipokrit, tidak telus dan tidak berintegriti dalam hal-hal rasuah yang melibatkan kelompok pendokong kerajaannya”.

“Dahulu laungan mendaulatkan institusi kehakiman sering kedengaran sewaktu Pakatan Harapan menjadi pembangkang. Kini apabila menjadi kerajaan, prinsip dan janji itu seakan telah dilupakan oleh mereka demi kepentingan masing-masing”, tambah beliau.

Beliau menyarankan kerajaan agar dapat memperbaiki dan memulihkan kedaulatan undang-undang serta perlaksanaan yang sama dan adil seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri sewaktu berkempen di dalam pilihan raya yang lepas.

“Rakyat sudah penat dengan berita-berita berkenaan perlepasan ahli-ahli politik daripada kes-kes pecah amanah di mahkamah. Mereka lihat seperti ada kasta dalam kes yang melibatkan antara rakyat dengan ahli politik. Jadi saya mohon kerajaan sekarang ini pulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan institusi kehakiman”, terang beliau.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pasport antarabangsa dan pasport diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara semalam membenarkan permohinan Zahid Hamidi selepas Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu yang menolak permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Isu Laut China Selatan

Ada Apa Dengan Nama Laut China Selatan?

Next Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Polemik Kebebasan Bersuara di Malaysia

Related Posts