McD’s Malaysia Milik Penuh Muslim, Tidak Sokong Israel

Kuala Lumpur: Tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd), berkata pihaknya sedia maklum mengenai perbincangan yang berlaku di media sosial berkaitan McDonald’s Israel.

Katanya, keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.

“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh tindakan individu yang dimaksudkan dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan McDonald’s Israel mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel.

Mengulas lanjut, McDonald’s Malaysia berkata, adalah penting untuk memahami bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan.

“Sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte Ltd di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.

“Sejak itu, McDonald’s sudah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melakukannya setiap tahun.

“Sehingga 2023, kami membayar lebih RM12 juta zakat kepada 14 negeri di seluruh negara bagi membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PM Gesa Swasta Kaji Kadar Upah Pekerja

Next Post

PLKN 3.0 Perlu Perancangan Rapi

Related Posts