Pembatalan larangan Jualan arak : Bukti Kerajaan Tunduk Kepada  DAP

Hamdan Shariff Ketua Penerangan Parti

Bangi – Pembatalan larangan jualan arak telah membuktikan bahawa kerajaan tunduk kepada suara yang paling lantang menyuarakan hak mereka dalam Kerajaan Perpaduan. Pihak kerajaan dilihat kecut perut dan tidak berani untuk mempertahankan suara-suara rakyat majoriti di Malaysia yang merupakan orang Islam.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menyatakan bahawa pihak kerajaan terlalu lemah dan terlampau tunduk kepada suara-suara lantang parti bukan Melayu, iaitu DAP. ”Siapa lagi yang mahu lesen penjualan arak diluluskan dan boleh dijual secara meluas kalau bukan parti bukan Islam, DAP?. Mereka hanya mahu menjaga periuk nasi mereka sahaja dan melutut dengan arahan-arahan ’taikun’ syarikat arak”, tambahnya lagi.

Kelulusan penjualan arak ini sepatutnya dilihat dalam perspektif yang lebih besar dan holistik kerana minuman arak ini mendatangkan mudarat berbanding manfaat kepada masyarakat tanpa mengira usia, agama dan bangsa.

Sepatutnya pemerintahan kerajaan MADANI pada hari ini lebih mementingkan maslahat awam daripada kepentingan sesuatu kumpulan sahaja.

Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengecam pihak DBKL kerana telah meluluskan sehingga 1,519 lesen penjualan arak pada 23 November 2023. Kelulusan ini telah dibuat oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL diketuai oleh Pooi Weng Keong yang baru dilantik pada zaman Madani.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pilihanraya PBT: Agenda DAP untuk menguasai bandar sepanjang zaman

Next Post

DAP JANGAN MELEPASI GARIS MERAH, CUBA CAMPUR TANGAN URUSAN UMAT ISLAM

Related Posts