Perpecahan, Pertikaian Dalaman Sedang Runtuhkan Israel

SEPANG – Kerajaan Israel kini diambang keruntuhan akibat dari perpecahan dan pertikaian dalaman yang kritikal diantara pemimpin-pemimpin mereka setelah lebih sebulan perang berlangsung.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh akhbar Israel Yedioth Ahronoth, mendedahkan ciri-ciri perpecahan akibat pertikaian dalaman dalam kerajaan perpaduan Israel.

Demikian menurut Ketua Wanita BERJASA Sepang Dr. Shamima Abdul Rahman yang merujuk siaran berita akbar Israel itu yang melaporkan bahawa pemimpin politik dan tentera Tel Aviv bercakap kepada media secara individu tanpa penyelarasan.

“Akhbar itu menambah bahawa Netanyahu, Menteri Pertahanan Yoav Galant dan anggota Kabinet Perang di Gaza, Jeneral Benny Gantz bercakap kepada media secara individu, walaupun mereka berada dalam kerajaan perpaduan,” tambahnya lagi

Beliau menjelaskan akhbar itu menyatakan Benny Gantz menghantar surat kepada pejabat Netanyahu yang menekankan keperluan untuk penyelarasan mengenai kenyataan media, namun pejabat Perdana Menteri Israel tidak memberi respons kepada Gantz.

Beliau turut merujuk kepada Quran ayat 14, Surah Al Hashr yang bermaksud “Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).”

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Demographic Changes: Challenges and Implications for Malaysia

Next Post

Terus Desak Tolak Two-State Solution

Related Posts