Pilihan Raya Presiden AS: Apa Kesan Kepada Malaysia Setelah Trump Menang?

pilihan raya presiden as

Donald Trump daripada parti Republikan pada hari semalam telah dinobatkan sebagai pemenang di dalam Pilihan Raya Presiden AS mengalahkan Kamala Harris dengan undian sebanyak 295 kerusi manakala Kamala Harris hanya memenangi 226 kerusi.

Kemenangan Trump ini telah melayakkan beliau untuk menjadi Presiden AS setelah kali terakhirnya beliau menjawat jawatan itu pada tahun 2016.

Antara faktor kemenangan Trump seperti yang dirujuk daripada artikel Vox mengatakan bahawa kemenangan ini dipandu oleh kebijakan Trump berkempen di kawasan luar bandar (rural areas) seperti Indiana, Kentucky, Georgia and North Carolina.

Faktor pengundi berbangsa Latin yang tinggal di AS juga memainkan peranan yang besar apabila masyarakat Latin di Osceola, Florida dan South Texas memilih untuk mengundi Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS kali ini.

Penolakan rakyat AS terhadap Kamala Harris dan parti Demokrat ini bertitik tolak daripada imej penyandang sebelumnya daripada Demokrat iaitu Joe Biden yang didakwa gagal untuk menyelesaikan isu konflik Palestin – Israel.

Rakyat AS telah pun melaksanakan tanggungjawab mereka namun perlu untuk rakyat Malaysia ketahui tentang kesan kepada Malaysia setelah naiknya Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47.

Kemenangan Trump Dalam Pilihan Raya Presiden AS Bakal Beri Kesan Kepada Malaysia

Ramai pihak yang menjangkakan Donald Trump tidak akan banyak mengubah prinsip dan pendiriannya sewaktu menjadi Presiden AS nanti.

Beliau mungkin akan mengulangi pendiriannya ketika menjadi Presiden AS pada 2016 iaitu memperkenalkan dasar perdagangan “America First” yang mungkin akan kembali menumpukan kepada sekatan dagangan dan perjanjian perdagangan yang lebih memihak kepada AS.

Dasar daripada Trump ini boleh memberi kesan kepada Malaysia terutamanya dalam hubungan perdagangan yang melibatkan komoditi utama seperti elektronik dan kelapa sawit yang mana Malaysia sangat bergantung kepada eksport.

Ahli ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata Malaysia akan terkesan dengan dasar perdagangan Trump ditambah lagi apabila Malaysia menyertai pakatan BRICS yang dipelopori oleh Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

BRICS dilihat sebagai pesaing kepada G7 maka AS mungkin akan mengenakan cukai eksport yang tinggi kepada negara yang telah menyertai BRICS.

Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar yang merupakan penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, “The United States is one of Malaysia’s trading partners and any hike in US import tariffs would hurt our exports to the United States“.

Dalam soal geopolitik pula, Trump cenderung mengambil pendekatan unilateral dan tegas dalam diplomasi antarabangsa yang mana AS di bawah beliau berkemungkinan besar tidak mahu China untuk terlalu dominan dalam rantau Asia Tenggara terutamanya melibatkan isu pertikaian Laut China Selatan.

Hal ini boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan AS dengan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia yang biasanya mengambil pendekatan neutral.

Malaysia akan tersepit di antara ketegangan dengan China yang seterusnya memberi kesan kepada Malaysia kerana Malaysia mempunyai hubungan ekonomi yang erat dengan kedua-dua negara.

Namun begitu, ketegangan AS dengan China akan mewujudkan perang dagang antara dua buah negara ini yang akhirnya memberi kelebihan kepada Malaysia.

Merujuk kepada MIDF Research, Malaysia akan memperoleh kelebihan daripada kewujudan ‘Perang Dagang 2.0″ antara AS dan China yang mana syarikat multinasional akan meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia selaras dengan strategi China + 1.

Strategi China + 1 ialah strategi perniagaan yang mempelbagaikan rantaian bekalan dan pembuatan jauh dari China.

Hal ini jelas menunjukkan kemenangan Trump ini memberi kesan yang sama baik dan buruk kepada Malaysia dan ia boleh diibaratkan sebagai “win some, lose some“.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hidupan liar

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Dilebarkan Laluan Bermula 2025, Bagaimana Dengan Nasib Hidupan Liar Di Hutan Sana?

Next Post
brain drain

Krisis ‘Brain Drain’ Makin Kritikal, 1.86 Juta Bakat Tempatan Malaysia Berhijrah Ke Luar Negara

Related Posts