PUTRAJAYA – Gabungan NGO Islam (GABUNG) kecewa dengan sikap pemimpin Melayu yang enggan membetulkan fakta sejarah.
Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata sikap itu berbeza dengan pemimpin bukan Melayu yang mahu membetulkan sejarah berdasarkan perspektif mereka.
“Mana ada usaha hendak tulis semula sejarah? Tetapi kita tengok bagaimana desakan pemimpin Cina dan India untuk tulis semula sejarah”.
”Sampai ke hari ini mereka suruh tulis semula sejarah masukkan kehebatan orang mereka dalam pembangunan negara”.
“Tetapi pemimpin Melayu tidak berani lakukannya,” katanya sewaktu berucap di Majlis Meja Bulat Iktibar 150 Tahun Perjanjian Pangkor di Putrajaya pada hari Sabtu yang lepas.
Tambah beliau lagi, pihak pemegang taruh yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor majoritinya terdiri daripada pemimpin-pemimpin elit yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Beliau berpendapat ketamakan mereka dalam mengejar pengaruh kuasa.
Akibatnya, rakyat yang berada di bawah merana dan kesannya boleh dirasakan hingga kini. Kuasa politik dan ekonomi orang Melayu makin lemah dan hanya menjadi bidak catur pihak luar sahaja.