Puchong – Mahasiswa adalah masyarakat terpelajar yang mempunyai kedudukan yg tinggi dan disanjung dalam masyarakat.
Mereka adalah aset negara yang berharga dan perlu diberikan sepenuh perhatian untuk pemerkasaan kualiti dan hasil untuk bagi memenuhi pasaran dan permintaan dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara akan datang.
Merekalah harapan negara yang boleh memposisikan diri mengisi jawatan penting dalam masyarakat dan negara.
Rosak mereka rosaklah negara.
Dalam menilai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), saya berpendapat bahawa AUKU tidak perlu dihapuskan tetapi pemerkasaan dan matlamat penubuhan itu yang perlu dikembangkan dengan halatuju yang jelas.
Mungkin pada peringkat awal AUKU diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ingin menyekat pergerakan mahasiswa yang di eksploitasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakkan reformasinya, namun kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melonggarkan sedikit akta tersebut bagi meraikan semangat aktivisme yang positif.
Walaubagaimanapun, kini kebebasan mahasiswa beraktivisme terlampau agresif sehingga mewujudkan gerakan yang songsang dan tidak bermoral.
Tidak kurang juga adanya gerakan ajaran sesat sehingga menjadi tajaan pihak tertentu yang memusnahkan kualiti dan jaminan masa depan mereka.
Sepatutnya AUKU boleh berperanan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk mewujudkan satu sistem sokongan kepada universiti bagi mengekalkan matlamat institusi pendidikan tinggi dalam menghasilkan graduan yang berperanan besar dalam mencorak dan kejayaan masa depan negara.