operasi Darat Janji Kemenangan Mutlak Pejuang Palestin

KAPAR – Operasi darat oleh Zionis yang telah berlangsung 15 hari setakat ini memperlihatkan kegagalan demi kegagalan dalam melemahkan pejuang Hamas.

Tiada tanda Zionis berjaya melihat tanda-tanda kekalahan pihak pejuang muslimin Hamas, sehingga jurucakap Briged Izzuddin Al-Qassam, Abu Ubaidah memetik ayat 104 surah an-Nisa yang bermaksud “Sesungguhnya mereka turut menderita sakitnya seperti penderitaan kamu”.

Demikian menurut Ketua Pemuda Berjasa Kapar, Nidzam Usman yang memetik kenyataan Abu Ubaidah bahawa kemusnahan total atau separa total lebih dari 25 jentera Zionis sejak 48 jam terakhir pertempuran.

Beliau menambah pihak tentera penjajah yang zalim mengumumkan jumlah kecederaan dan kematian yang meningkat namun sekadar mengumumkan jumlah kematian seramai 48 orang tentera, sedangkan menurut sumber lain, kematian mereka lebih ramai dari itu.

“Lihatlah sendiri, keadaan kereta perisai itu, seperti hidangan Maqlubah (yang diterbalikkan),” tambahnya lagi.

Beliau turut mengajak umat Islam terus berdoa, menyumbang dan menyebarkan khabar baik kemenangan demi kemenangan Hamas terhadap musuh Zionis itu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Murahnya Harga Diri Wakil Rakyat, Mandat Rakyat Dikhianati – Ridhuan Tee

Next Post

Hakikat Sebenar Two-State Solution

Related Posts