Caj Duitnow QR Bebankan peniaga

Shah Alam – Keputusan untuk memperkenalkan caj bayaran transaksi baharu menerusi aplikasi QR DuitNow bermula 1 November bakal membebankan peniaga kecil. Bukan itu sahaja malahan dalam era transformasi Digital kini, kewujudan caj tambahan bagi peniaga dan pelanggan Duitnow QR ibarat melanglah ke belakang.

Itu adalah respon dan pendapat yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif yang melihat pengenalan caj tersebut sebagai tidak munasabah di kala rakyat kini terkesan dengan kos sara hidup tinggi.

“Institusi kewangan tidak sepatutnya menambah lagi beban pengguna dalam situasi kelembapan ekonomi Malaysia dan peniaga yang tertekan dengan kos barangan yang semakin melambung”.

“Malahan hasrat dan inisiatif-inisiatif kerajaan bagi menggalakkan penggunaan transaksi pembayaran digital di kalangan rakyat dan kepada para peniaga akan terbantut”, tegas beliau.

Para peniaga telah dibebani dengan kenaikan harga barangan 20-30% dan dijangka akan meningkat lagi, ditambah lagi caj 0.25% ke atas pendapatan mereka, akan menyebabkan kos ini dipindahkan kepad pengguna, yang akhirnya mengakibatkan kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran.

Memandangkan penerima bayaran DuitNow QR (Boost, Grabpay, Setel dan Touch ‘n Go) adalah peniaga kecil atau gerai tepi jalan yang tiada mesin bayaran kad, kadar caj baharu DuitNow ini adalah sangat tidak adil bagi golongan sasaran ini.

“Di saat rakyat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, ditambah pula dengan kesan inflasi, kita tidak sepatutnya membuat sesuatu keputusan yang menambahkan lagi beban rakyat dan menyukarkan hidup mereka”.

“Ini juga secara tidak langsung akan menghalang pertumbuhan pembayaran tanpa tunai dan kemungkinan besar, ianya merugikan peniaga-peniaga kecil”.

“Jika apa yang dilaporkan ini benar, maka kerajaan mestilah menjelaskan kepada rakyat agar mereka lebih bersedia dengan kesan yang akan menimpa mereka”, jelas beliau kepada Gelombang BERJASA.

Beliau juga membangkitkan persoalan adakah peniaga kecil dan sederhana (PKS) akan menanggung kos tersebut atau diserap melalui fi pertukaran di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Terdahulu beberapa portal media pada Selasa melaporkan caj transaksi akan berkuat kuasa di semua bank mulai 1 November.

Ia turut melaporkan jumlah bayaran yang dikenakan ke atas akaun peniaga apabila menerima bayaran melalui DuitNow akan berbeza-beza berdasarkan cara pemindahan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Pencen Ahli Parlimen Wajar Dikaji Semula

Next Post

Negara Tidak perlu Kaedah Subsidi Bersasar

Related Posts