Musa Aman Yang Dicanang Dengan Kes Rasuah Oleh Anwar Ibrahim Kini Dilantik Sebagai TYT Sabah

musa aman rasuah

Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman yang dahulunya dicanang dengan gegak gempita oleh Anwar Ibrahim dengan kes rasuah kini telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah yang seterusnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Beliau akan menggantikan Juhar Mahiruddin yang telah bakal menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2024.

Sebelum ini, calon lain yang diusulkan untuk menjadi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah ialah bekas ketua menteri Joseph Pairin Kitingan dan bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.

Musa Aman pastinya akan berdepan dengan cabaran yang besar dalam menguruskan senario politik Sabah yang sedang bergolak setelah tersebarnya dakwaan kes rasuah yang melibatkan beberapa ahli politik Sabah yang berprofil tinggi.

Namun demikian, beliau juga merupakan seorang ahli politik Sabah yang terkenal dengan skandal rasuah sewaktu menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga pernah dikatakan melarikan diri ke London untuk mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Musa Aman Terpalit Dengan Skandal Rasuah Hingga “Dibantai” Oleh Anwar Ibrahim

Musa Aman sebelum ini pernah terpalit dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak balak di Sabah.

Bukan itu sahaja malahan kes lain yang dikaitkan dengan Musa Aman adalah berhubung seorang ahli perniagaan Sabah yang ditangkap pada 2008 cuba menyeludup mata wang Singapura bernilai RM40 juta ke Malaysia dari Hong Kong.

Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong dilaporkan mendapati wang itu diperuntukkan untuk Musa dan merupakan sebahagian daripada lebih banyak dana yang didepositkan ke dalam akaun bank Switzerland yang mengandungi AS$30 juta yang didakwa dipegang sebagai amanah untuk ketua menteri Sabah ketika itu ialah seorang peguam.

Namun demikian, kerajaan pada 2011 yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) mengumumkan wang itu adalah sumbangan politik kepada UMNO Sabah yang diketuai oleh Musa Aman itu sendiri bukannya kepada Musa Aman secara peribadi.

Pada tahun 2020 Musa Aman akhirnya berjaya bebas daripada 46 pertuduhan rasuah melibatkan konsensi balat tersebut yang akhirnya mendapat bantahan keras daripada ketua pembangkang waktu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penulisan di lama sosial Twitter miliknya yang kini dikenali sebagai X mempertikaikan perlaksanaan undang-undang yang membebaskan beliau daripada pertuduhan rasuah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat jelas tidak berpuas hati dengan pembebasan Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah tersebut yang menjurus kritikannya kepada “double standard” undang-undang di Malaysia.

Kini individu yang pernah “dijual” namanya oleh beliau dalam ceramah politik sebagai kaki rasuah kini sudah menjadi orang pertama dalam sistem pemerintahan negeri Sabah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kes arwah adib

Kes Arwah Adib: 17 Disember 2024 Genap 6 Tahun Allahyarham Adib Meninggal Dunia Tanpa Pembelaan

Next Post
pelancong luar negara ke malaysia

Trend Kedatangan Pelancong Luar Negara Ke Malaysia Untuk Menetap Petanda Yang Tidak Baik

Related Posts