Modal Insan Berintegriti Dengan Penerapan Nilai Islam

Nilai-nilai integriti terbentuk melalui nilai-nilai kejujuran, amanah, kebolehpercayaan, tidak mementingkan diri sendiri dan memelihara kepentingan awam untuk kepentingan bersama.

Nilai – nilai ini sebenarnya seiring dengan ajaran Islam dimana agama Islam amat mementingkan soal integriti dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.

Penghayatan dan kefahaman agama seharusnya menjadikan mereka yang beragama Islam mampu membangunkan negara yang maju tanpa mengenepikan penganut agama lain.

Sejarah membuktikan bahawa umat Islam pernah mencapai satu ketamadunan yang tinggi pada suatu ketika dahulu.

Pemimpin-pemimpinya mempunyai kefahaman Islam yang teguh dan mempraktiskan nilai integriti yang tinggi.

Mereka menjalankan tugas mereka dengan penuh tangunggjawab, amanah, dan ikhlas bukan sebab mahukan jawatan dan harta tetapi kerana benar-benar memburu redha Allah SWT.

Susuk tubuh pemimpin Islam seperti khalifah Umar bin Abd Aziz wajar diteladani oleh kepimpinan masa hadapan.

Amanah dan telitinya khalifah Umar Abd Aziz sehingga beliau mematikan lilin istana ketika berbincang dengan anaknya.

Hal ini kerana lilin istana diamanahkan untuk membuat urusan kerja negera bukan kegunaan peribadi.

Ketika beliau berkuasa, tidak ditemui penerima zakat dan penurunan statistik kemiskinan yang drastik telah menjadi indikator berjayanya beliau menguruskan ekonomi negara.

Atas kefahaman agama inilah nilai integriti wujud dalam diri pemimpin-pemimpin Islam terdahulu.

Pemimpin bukan sahaja memberi khidmat kepada rakyat malah memberi contoh tauladan terbaik kepada rakyat untuk diikuti.

Berdasarkan laporan berita yang menyatakan musuh nombor satu negara adalah gejala rasuah dengan melihat kepada statistik SPRM daripada tahun 2014 sehingga Jun 2018, seramai 4,860 orang telah ditangkap kerana rasuah dan 2,594 atau 53.4 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan muda.

Amalan rasuah boleh meruntuhkan integriti sistem pentadbiran sesebuah negara.

Namun, cabaran integriti tidak terfokus hanya kepada isu rasuah sahaja.

Isu integriti termasuklah terhadap ketepatan masa, penyampaian maklumat yang sahih, birokarasi, dan tingkah laku atau pergaulan yang baik terhadap setiap lapisan masyarakat.

Oleh itu, satu perubahan drastik perlu dibuat oleh pelbagai pihak terutama diperingkat Kemeterian Pelajaran Malaysia.

Impian Nasional Berjasa 2040 kita sudah berada diatas landasan yang betul dalam pembangunan dasar-dasar dan falsafah pendidikan negara ke arah pembinaan peradaban. Bukan hanya sekadar perancangan jangka pendek dan berubah-berubah mengikut pertukaran tampok kepimpinan.

Falsafah pendidikan negara yang mampu membentuk identiti nasional yang jitu juga tidak mengasingkan nilai-nilai Islam didalamnya.

Potensi setiap anak watan dicungkil dan digilap, bukan sekadar hanya ingin menyertai pertandingan semata-mata. Mereka bebas mengkaji dan bereksplorasi selagi tidak bercanggah dengan nilai-nilai moral, etika, dan adat ketimuran.

Dasar pendidikan berjaya membangunkan modal insan berkualiti dengan mengabungjalin kecemelangan akademik dan nilai-nila agama dalam membentuk sahsiah diri sekaligus melahirkan generasi berintegriti.

Bahkan generasi ini merupakan satu generasi elit budiman yang mampu menjadikan Malaysia sebuah negara maju, kuat dan berdaulat.

Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaji Progresif Penentu Masa Depan Anak Muda

Next Post

Kerajaan Perpaduan Tiada Persefahaman

Related Posts