Lawatan Anwar Ibrahim Ke Luar Negara Ditanggung Syarikat Swasta, Kerajaan Pro-Kapitalis?

lawatan anwar ibrahim

Laporan berita melaporkan lawatan Anwar Ibrahim ke luar negara telah ditanggung kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan ke lima negara iaitu Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 November sehingga 19 November.

Beliau mendakwa syarikat swasta yang menanggung kos penerbangan ke lima negara itu ialah PETRONAS, PROTON, Yinson, Sapura Energy dan syarikat semikonduktor.

Tambah beliau, tanggungan sebanyak 70 hingga 80 peratus itu dibuat atas sebab syarikat-syarikat ini mempunyai kepentingan pelaburan di Malaysia dan sebagai inisiatif “balas budi” kepada kerajaan yang membantu mereka dalam import atau eksport.

Namun demikian, PETRONAS, PROTON dan Sapura Energy merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukannya syarikat swasta seperti yang didakwa oleh beliau.

Hanya syarikat Yinson sahaja merupakan syarikat swasta dan mungkin ada juga syarikat swasta lain yang menaja kos penerbangan itu.

Penajaan oleh syarikat swasta ini dikhuatiri akan mewujudkan konflik berkepentingan dan pasti menimbulkan isu integriti untuk kerajaan.

Bukan itu sahaja malahan besar kemungkinan juga syarikat swasta atau korporat ini akan mempengaruhi segala keputusan kerajaan berkaitan ekonomi negara.

Kerajaan juga sepatutnya menjelaskan bagaimana pemilihan syarikat swasta ini dibuat dan apakah kelayakan yang diperlukan untuk menaja kerajaan ke rombongan ini.

Anwar Ibrahim Pernah Larang Lawatan Penjawatan Awam Ditaja Syarikat Swasta

Anwar Ibrahim dan penyokongnya mungkin sudah lupa bahawa pada Disember 2022 beliau pernah mengeluarkan garis panduan yang menunjukkan kerajaan pentadbiran beliau mempamerkan tadbir urus yang baik.

Beliau membuat ketetapan bahawa pembiayaan lawatan penjawat awam ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan tidak lagi dibiayai syarikat swasta sebaliknya dibiayai sepenuhnya melalui obligasi kontrak.

Perkara itu dinyatakan melalui pekeliling baharu Tugasan Ke Luar Negara berkaitan Perolehan Kerajaan PK 2.14 yang berkuat kuasa 20 Disember lalu.

Namun sebaliknya berlaku kepada beliau apabila lawatan ke lima buah negara yang terbaharu ini ditaja oleh syarikat swasta sedangkan beliau pernah melarangnya pada dua tahun lepas.

Hal ini menunjukkan beliau bukanlah seorang yang berpegang teguh kepada prinsipnya sendiri sedangkan sebelum ini pun janji manifesto beliau sendiri pun tidak ditunaikan lagi sehingga sekarang.

Selain itu, beliau dalam kenyataan peribadinya sering menunjukkan kerajaan pentadbiran beliau adalah kerajaan yang mesra kepada rakyat marhaen dan menentang golongan mahakaya.

Beliau kononnya ingin menunjukkan bahawa beliau menentang golongan kapitalis yang ‘menghisap darah’ rakyat marhaen maka diperkenalkan kadar jumlah gaji minimum yang baharu dan cukai baharu.

Walaubagaimanapun, isu terkini yang melibatkan tajaan syarikat swasta ini menampakkan sisi hipokrit beliau dalam berpolitik.

Adakah beliau ini merupakan pembela rakyat kelas berpendapatan rendah ataupun pro-kapitalis iaitu syarikat swasta?

Beliau sepatutnya menjelaskan perkara ini kepada rakyat bagi mengelakkan kegusaran awam tentang kemungkinan ada pengaruh syarikat swasta terhadap pendirian kerajaan dalam semua aspek.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
caj hospital swasta

Caj Hospital Swasta Meningkat, PAC Mungkin Akan Bertindak

Next Post
identiti negara malaysia

BERJASA Pertahan Tindakan DBKL, Hapuskan Papan Tanda Tiada Bahasa Melayu Penting Untuk Identiti negara Malaysia

Related Posts