Gaji Progresif Penentu Masa Depan Anak Muda

Keadaan ekonomi hari ini kian memaksa anak muda melakukan lebih dari satu pekerjaan demi menyara kehidupan seharian.

Ekonomi gig kekal menjadi tumpuan walaupun mereka maklum akan risiko yang bakal dihadapi.

Tambahan ia melibatkan isu keselamatan dan kebajikan keseluruhan pemain ekonomi gig Malaysia.

Lambakan graduan yang lahir dari segenap pelusuk universiti tempatan perlu diberikan perhatian penuh oleh kementerian terlibat.

Walaupun mereka telah menghabiskan masa hampir 10 tahun menelaah bidang yang mereka ceburi. Namun, tetap ramai yang berkerja diluar bidang dek keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Segala faktor ini perlu diperincikan oleh kementerian yang terlibat agar solusi alternatif mampu diberikan kepada anak muda. Gaji progresif lahir daripada kompetensi dan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan kehendak industri masa kini.

Azrul Azham

Pemuda BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA dan parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Wanita BERJASA, Siti Umi Kalsom

Potongan Gaji Buat Suri Rumah: Inisiatif i-Sayang Belum Cukup – Umi Kalsom

Next Post

Modal Insan Berintegriti Dengan Penerapan Nilai Islam

Related Posts