Bersekongkol Dengan FBI, Buka Campur Tangan AS dan Israel Di Malaysia

KUALA LUMPUR – BERJASA mendesak kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan tanah air daripada campur tangan pihak luar khususnya FBI kerana khuatir ini akan membuka pintu kepada negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk membina pengaruh di Malaysia. Kerajaan sepatutnya jelas bahawa pihak FBI di bawah pentadbiran AS akan sedaya upaya bekerjasama dengan Israel dalam menghalang perjuangan pembebasan di Palestin.

Itu penegasan yang diberikan oleh Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif yang merujuk berita ini daripada laporan akhbar Berita Harian pada 17 Februari 2024 yang memaparkan berkenaan sekeping surat daripada Kementerian Luar Negara yang menyenaraikan 3 nama rakyat di Malaysia di dalam senarai pengganas oleh FBI. Antara nama yang disenaraikan sebagai pengganas di dalam surat itu ialah daripada NGO Dunia Melayu Dunia Islam, Encik Abu Bakar bin Abdul, Persatuan Cinta Syria Malaysia, Encik Ahmad Musa Al Nuwayri bin Kamaruzaman dan CEO Aman Palestin Berhad iaitu Encik Awang Suffian bin Awang Piut. Di dalam surat daripada Setiausaha Bahagian Asia Barat kepada Pengerusi Ops Ihsan itu meminta supaya tindakan diambil selanjutnya.

Kehadiran Pengarah FBI, Christopher A. Way ke Malaysia dengan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Agensi Malaysia pada 14 Disember hingga 18 Disember 2023 yang lalu amat meragukan kerana dalam masa yang sama FBI telah mengeluarkan kenyataan untuk merancakkan operasi menjejaki dan menghapuskan sumber pendanaan kepada rakyat dan pejuang Palestin. Pihak FBI juga ada membuat lawatan susulan ke Israel pada 14 Februari 2024 untuk mengadakan pertemuan sulit dengan Perisikan dan Agensi Penguatkuasa Israel menurut New York Times.

“Saya berpendapat kerajaan perlu mempertahankan kedaulatan dan maruah negara serta dalam masa yang sama menjaga keselamatan rakyat Malaysia berbanding menurut sepenuhnya apa yang dimahukan FBI dan AS. Kita tidak mahu segala maklumat penting melibatkan keselamatan rakyat Malaysia yang dituduh sebagai pengganas ini disalurkan begitu sahaja kepada pihak luar”.

“Perdana Menteri juga perlu menyatakan pendirian secara jelas kepada rakyat Malaysia sama ada kerajaan memihak kepada tuntutan AS ataupun bukan. Hal ini kerana pihak kerajaan seakan mengiktiraf Hamas sebagai pertubuhan pengganas jika mempunyai pendirian yang sama dengan AS”, tegas beliau.

Beliau mempersoalkan mengenai pendirian kerajaan yang sepatutnya sudah jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel maka seharusnya kerajaan tidak membina apa-apa perhubungan dengan proksi Israel dalam isu Palestin.

Tambah beliau, BERJASA akan terus memantau perkembangan hal ini secara rapat dan akan bertindak mengambil tindakan secara lanjut jika kerajaan terus melaksanakan dasar yang tidak bertepatan dengan polisi kerajaan dan tunduk kepada kuasa asing.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan Isu Perlembagaan Semata, Beri Kesan Kepada Muslim

Next Post

Jangan Gadaikan Tanah Melayu Yang Masih Berbaki

Related Posts