Rembau – Penerimaan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diberikan kepada bekas pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang sepatutnya menjadi tamparan yang besar kepada beliau.
Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata Lim Kit Siang sepatutnya berasa malu dengan penerimaan darjah kebesaran itu yang membawa beliau kepada gelaran Tan Sri kerana sebelum ini lantang memperjuangkan agenda Malaysian Malaysia untuk hak kesamarataan semua kaum.
Agenda Malaysian Malaysia yang diperjuangkan Lim Kit Siang dan partinya jelas menidakkan hak keistimewaan Bumiputera sehingga mewujudkan polemik politik perkauman di Malaysia.
Tanpa menidakkan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengurniakan darjah kebesaran itu, Ustaz Zamani Ibrahim berkata dalam kenyataannya bahawa Lim Kit Siang hanya banyak menyumbang kepada perjuangan partinya sahaja bukannya negara.
“Lim Kit Siang boleh melupakan agenda Malaysian Malaysia milik parti beliau dan sepatutnya mula mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan untuk Malaysia”.
“Agenda Malaysian Malaysia yang dianuti oleh beliau sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja ketika memberikan ceramah di mana-mana kawasan negara ini yang sebenarnya boleh menimbulkan ketidakharmonian negara kita”, tegas beliau.
Nasihat beliau, Lim Kit Siang layak untuk menggunakan gelaran Tan Sri tersebut namun perlu menjaga imej tersebut dengan membawa aspirasi nasional tanpa menimbulkan sebarang kontroversi yang mampu mengganggu-gugat perpaduan kaum di negara ini.
Bekas pemimpin tertinggi DAP Lim Kit Siang telah menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) semalam daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Anugerah Persekutuan tersebut merupakan anugerah kedua tertinggi yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ disampaikan di Istana Negara sempena sambutan Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah