SEPANG – Desakan dan tekanan kuat ditujukan kepada Liga Arab agar menggunakan kekuatan ketenteraan bagi menghadapi kekejaman Zionis keatas penjajahan bumi Palestin.
Rakyat Palestin memberikan sokongan sepenuh hati, bahawa Liga Arab perlu menggunakan kekuatan, persenjataan, kebijaksanaan dan pengalaman untuk menghentikan penindasan Zionis terhadap rakyat di Palestin.
Demikian menurut Ketua Pemudi Berjasa Sepang, Izaty Rosli yang memetik kenyataan Syeikh Al-Azhar As-Syarif, Syeikh Prof. Dr Ahmad Tayyib.
“Kepada pemimpin kami dan semua pimpinan negara Arab yang akan bersidang didalam sidang Liga Arab esok dengan izin Allah, kami berdoa kepada Allah agar memberkati usaha kalian untuk menghentikan tindak tanduk dan pembantaian yang menimpa saudara-saudara kami di Palestin,” ujarnya.
“Semoga kalian dapat menyampaikan bantuan kemanusiaan dan mencapai jalan penyelesaian segera bagi menghentikan pertumpahan darah insan yang tak berdosa,” tambahnya lagi.
Beliau juga mengingatkan bahawa menghentikan keganasan terhadap saudara-saudara di Palestin adalah tanggungjawab agama dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, sama ada sebagai pemerintah mahupun orang yang diperintah.
“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah yang paling tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman,” mengakhiri ucapan.