KWSP: Baki Caruman Jadi Cagaran Bank Bebankan Rakyat – Zulkifli Yahya

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Bangi – Kenyataan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan kaedah wang caruman akan dijadikan sebagai cagaran bank bagi pencarum yang ingin membuat memperoleh wang daripada KWSP mendapat kecaman orang ramai.

Kaedah yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan itu ternyata akan menambahkan beban rakyat sahaja sedangkan mereka sudah tersepit dengan pelbagai beban dan tanggungan yang memerlukan mereka untuk mendapatkan bantuan wang dengan segera.

Ini selaras dengan kenyataan daripada Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya di laman Facebooknya yang mengatakan bahawa kerajaan tidak sepatutnya menambahkan beban rakyat sekarang.

Rakyat memerlukan bantuan wang dengan mengeluarkan wang daripada KWSP adalah bertujuan untuk melangsaikan hutang-hutang atau membayar keperluan yang sedia ada.

Apabila pencarum diminta pula oleh kerajaan untuk mendapatkannya melalui pinjaman bank dan baki caruman KWSP dijadikan sebagai cagaran, itu hanya akan menambahkan beban pencarum.

“Kita perlu ingat bahawa setiap pinjaman bank ada faedahnya yang dikenakan kepada peminjam. Jika wang caruman itu dijadikan sebagai cagaran, ini akan menjejaskan baki simpanan mereka”.

“Kerajaan perlu sedar bahawa KWSP adalah kalis pemiutang. Walaupun seseorang itu muflis, pemiutang tidak boleh menuntut wang individu tersebut selagi duit caruman itu berada di dalam akaun KWSP individu itu kerana ia dilindungi oleh Seksyen 51 Akta KWSP yang melarang penggunaan simpanan ahli sebagai cagaran kepada mana-mana pihak termasuklah pihak bank”.

Beliau juga menyeru agar kerajaan menyemak kembali kaedah tersebut sebelum dilaksanakan kepada rakyat.

Sudah tentu banyak lagi cara yang boleh dibuat bagi memudahkan rakyat yang kini terhimpit dengan krisis ekonomi.

Terdahulu, kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff

Kerajaan Hipokrit & Cakap Tidak Serupa Bikin – Mohd Hamdan

Next Post
Kaslawati Kassim BERJASA

Perhimpunan LGBTQ: Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penganjur – Kaslawati

Related Posts