Kerajaan Hipokrit & Cakap Tidak Serupa Bikin – Mohd Hamdan

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff

Shah Alam: Keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menggunakan kuasanya untuk mengecualikan UMNO daripada klausa dalam Akta Pertubuhan yang membolehkan parti itu tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya menampakkan kerajaan kini bersikap hipokrit dan cakap tidak serupa bikin.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan ketika dihubungi berkata, tindakan Menteri KDN “override” keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah salah satu bukti kerajaan hanya bertindak seakan “cakap tak serupa bikin dan tidak berprinsip seperti apa yang mereka laung laungkan sebelum ini ketika menjadi pembangkang.

Beliau menambah, walaupun daripada sudut keabsahan undang-undang menteri berkuasa untuk “override” keputusan ROS tetapi rakyat melihat seolah-olah undang- undang ini boleh diubah- ubah mengikut selera menteri dan orang – orang politik yang berkuasa.

“Jika benar Menteri KDN daripada PKR ini mengangkat kedaulatan undang – undang, kesaksamaan, dan integriti, beliau sama sekali tidak akan menyanggahi keputusan ROS terhadap tindakan UMNO yang melanggar perlembagaan mereka sendiri tetapi beliau akan menasihati UMNO untuk melaksanakan tindakan pembetulan segera”.

“Dahulu sewaktu menjadi pembangkang mereka begitu galak melaungkan slogan kedaulatan undang-undang dan tidak bersifat pilih kasih kepada mana-mana pihak. Sekarang tindakan ini melambangkan mereka langsung tiada prinsip atau integriti tentang perkara apa yang mereka sebutkan sebelum itu”.

Tegas beliau, jika sebelum ini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar yang masing-masing mengatakan kerajaan tidak akan mencampuri dalam mana-mana urusan perundangan dan kehakiman tetapi sebaliknya berlaku dengan tindakan terbaru Menteri Dalam Negeri.

Kerajaan sepatutnya memulihkan integriti perundangan dengan mengambil tindakan terhadap UMNO yang terang-terangan menyalahi undang-undang yang ditetapkan di dalam ROS.

Sebelum ini, Ahli Majlis Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa Saifuddin memberi penjelasan mengenai kewujudan sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan RoS berhubung pemilihan UMNO.

Terdahulu juga, pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Shariff

Bangunkan 3 Sektor Untuk Ekonomi Lebih Baik – Mohd Hamdan

Next Post
Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

KWSP: Baki Caruman Jadi Cagaran Bank Bebankan Rakyat – Zulkifli Yahya

Related Posts