KLFW 2024: Adakah Fesyen Seksi Sudah Menjadi Kebiasaan?

Festival KL Fashion Week 2024 (KLFW 2024) yang berlangsung pada 29 Julai hingga 4 Ogos meninggalkan kesan yang agak kontroversi kepada orang ramai.

Penganjuran KLFW 2024 ini menampakkan festival ini diadakan setanding dengan negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang juga menganjurkan New York Fashion Show, Paris Fashion Show dan Dubai Fashion Show yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Wanita BERJASA, Datin Nor Zaimeen Abd Kadir melihat penganjuran KLFW 2024 bertambah menyedihkan apabila ramai peserta yang menyertainya adalah di kalangan remaja Melayu dan Islam.

Ramai Peserta KLFW 2024 Tanpa Segan Silu Tayang Aurat

Peserta yang terdiri daripada remaja Melayu dan Islam ini sanggup menayangkan aurat mereka dengan anggapan segala fesyen daripada Barat itu dianggap sebagai kemodenan.

Majoriti masyarakat sekarang dilihat mudah terikut-ikut dengan ‘kemajuan’ Barat sehingga sanggup mengikuti mereka melakukan perkara yang jelas melanggar batas sebagai seorang Islam.

Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa kini sedang rancaknya berlaku fenomena di Barat yang merosakkan jati diri anak-anak muda sehingga melakukan perkara yang tidak bermoral.

Mungkin sekarang mereka mula berjinak-jinak dengan memakai pakaian yang mencolok mata di depan khalayak ramai namun khuatir pada masa akan datang pula mereka sudah berani melakukan perkara yang di luar jangkaan seperti mengambil dadah dan melakukan seks bebas.

Masalah gejala sosial yang makin kritikal ini berisiko akan meruntuhkan struktur sosial masyarakat dengan berpegang kepada ayat “Jika mahu rosakkan negara, rosakkan anak mudanya”.

Kita tidak mahu gaya pemakaian seksi di Malaysia sudah menjadi kebiasaan bukan untuk remaja sahaja malahan semua lapisan masyarakat.

Jangan Salah Tafsir Mesej Kesederhanaan Islam

Kita akui Islam memang ada memperkenalkan mesej wasatiyyah ataupun kesederhaan untuk diamalkan oleh penganutnya namun jangan disalah tafsir untuk membenarkan tingkah laku kita yang mengambil ringan soal larangan di dalam Islam.

Sudah terdapat satu trend yang menganggap Islam yang sederhana itu seperti memberikan keringanan soal hukum sedangkan mereka tidak sedar bahawa tanggapan itu salah maka wujudlah fenomena Islam liberal seperti yang ada sekarang.

Memperagakan pakaian untuk tontonan dan sorakan org ramai bukannya datang daripada Islam apatah lagi kalau kriteria menutup auratnya juga sudah menyimpang.

Pihak berkuasa yang mempunyai autoriti untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini perlu memainkan peranannya dengan lebih tegas bagi mengelakkan masalah gejala sosial ini daripada terus merebak.

Jangan menunggu sehingga keadaan sudah tidak terkawal baru mengambil tindakan kerana keadaan sekarang pun sudah dilihat agak kritikal.

Terdahulu, parti BERJASA Malaysia pernah menyuarakan bantahan terhadap semua acara peragaan ataupun fesyen yang didapati hanya menggunakan wanita sebagai bahan eksploitasi acara sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ekonomi Gig Malaysia: Peluang Berganda Ataupun Beban Berganda?

Next Post

Bagaimana Dasar Gaji Progresif Dilaksanakan Di Malaysia?

Related Posts