KKM Lakukan Kesilapan Besar ‘Halalkan’ Nikotin

Ketua Wanita BERJASA Bahagian Kuantan, Dr Rashidah

Kuantan – Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1972 jelas merupakan satu tindakan yang silap dan mengecewakan.

Ketua Wanita BERJASA Bahagian Kuantan, Dr Rashidah menyifatkan tindakan KKM sebagai satu keputusan yang terburu-buru.

Beliau berpendapat sepatutnya kerajaan terlebih dahulu menunggu sehingga dibentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 diluluskan oleh Parlimen.

“Rasanya semua orang sudah jelas bahawa nikotin hanya membawa keburukan berbanding kebaikan kepada kita”.

“Penarikan nikotin daripada Akta Racun 1972 sebenarnya akan merancakkan lagi industri penjualan vape kepada orang ramai lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak dan remaja”.

“Jika rokok sebelum ini pun ada sebahagian kanak-kanak yang menghisapnya, saya jangkakan hal yang sama juga akan dibuat oleh mereka untuk menghisap vape”, tegas beliau.

Beliau menambah dalam kenyataannya dengan mengatakan bahawa tindakan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1972 adalah untuk mengenakan cukai ke atasnya semata-mata.

“Kerajaan seakan lebih mengejarkan keuntungan daripada kesihatan rakyat sendiri. Dengan negara kita mengalami krisis tenaga kerja doktor yang berdepan isu penjawatan, adakah kita mahu menambah lagi jumlah pesakit di hospital akibat kesan daripada pengambilan vape dan rokok?, tambah beliau.

Justeri, beliau mencadangkan agar kerajaan menangguhkan dahulu keputusan tersebut dan menggesa kerajaan mengambil pendekatan yang mencegah kemudaratan.

Kerajaan yang prihatin tidak akan menganiaya nasib dan masa depan kesihatan rakyat sendiri apatah lagi kerajaan kini menggunakan slogan Malaysia Madani yang mana perkataan ‘madani’ itu melambangkan ke arah syarak.

Tiga hari lalu Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan KKM dalam proses untuk mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape.

Semalam media melaporkan, kerajaan mula melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Adakah Pelaburan China-Malaysia telus Dalam Perinciannya?

Next Post
BAZAR RAYA USRAH KHADIJAH

Agihan Bubur Lambuk & Bazar Raya Usrah Khadijah Disambut Ramai

Related Posts