Agihan Bubur Lambuk & Bazar Raya Usrah Khadijah Disambut Ramai

BAZAR RAYA USRAH KHADIJAH

Kapar – BERJASA Kapar bersama Wanita BERJASA Kapar telah melaksanakan inisiatif agihan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada hari semalam.

Dalam masa yang sama juga Wanita BERJASA Kapar telah melancarkan Bazar Raya Usrah Khadijah dengan menawarkan pelbagai pilihan baju raya yang boleh dipilih oleh semua orang secara percuma.

Timbalan Ketua Wanita BERJASA yang juga merangkap Ketua Wanita BERJASA Bahagian Kapar, Ustazah Siti Umi Kalsom berkata, program ini berjaya mendapat sambutan orang ramai terutamanya di sekitar Kampung Delek Kanan.

“Alhamdulillah ramai orang yang hadir pada hari ini ke Bazar Raya Usrah Khadijah. Cuma hari ini kami lakukannya dengan lebih menarik lagi apabila kami juga anjurkan program agihan bubur lambuk kepada masyarakat di sini sebanyak 1500 pek”.

“Agihan bubur lambuk ini memfokuskan kepada tiga tempat iaitu Flat Seri Perantau, Pusat Komuniti BERJASA dan RMS”.

Berbalik kepada Bazar Raya Usrah Khadijah, Wanita BERJASA Kapar amat memahami kesusahan dan kesulitan yang dialami oleh masyarakat kini.

“Usrah Khadijah memang ditubuhkan atas dasar ingin mendidik masyarakat dengan ilmu politik yang berlandaskan Al-Quran dan hadis namun Usrah Khadijah juga merupakan platform untuk menyantuni kebajikan masyarakat”.

“Sekarang ramai orang yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Tahun ini lagi ramai yang terkesan apabila sesi pembukaan sekolah dan bulan puasa Ramadan bertembung pada tarikh yang begitu dekat. Maka perbelanjaan yang tinggi perlu dikeluarkan olehn ibu bapa”.

“Maka kami anjurkan Bazar Raya Usrah Khadijah ini dengan harapan mampu meringankan beban mereka di luar sana untuk mendapatkan persalinan raya”, jelas beliau.

Ustazah Siti Umi dalam kenyataan beliau yang sama juga, menegaskan inisiatif ini akan tetap diteruskan selari dengan prinsip BERJASA untuk memperjuangkan kebajikan rakyat.

Sewaktu liputan ini dibuat, begitu ramai masyarakat Kampung Keledek Kiri hadir ke Bazar Raya Usrah Khadijah untuk memilih persalinan baju yang diminati oleh mereka.

Rata-rata respon yang diterima amat positif kerana ia sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.

Bazar Raya Usrah Khadijah telah berlangsung bermula 1 April sehingga 7 April 2023 dan agihan bubur lambuk telah berlangsung hanya selama satu hari iaitu pada 2 April 2023.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Wanita BERJASA Bahagian Kuantan, Dr Rashidah

KKM Lakukan Kesilapan Besar ‘Halalkan’ Nikotin

Next Post

Ke Mana Arah Tuju Malaysia Madani?

Related Posts