1. Hamas tidak pernah dan selamanya tidak akan mengiktiraf Israel. Pendirian inilah yang membawa kepada segala tindak tanduk Hamas termasuklah:
– serangan di Taufan al-Aqsa yang menyaksikan kejayaan Hamas menumpaskan puluhan penempatan haram dan kem tentera Israel sehingga 40km melepasi sempadan tembok Gaza
– selamanya akan bertahan dan tidak akan mengosongkan Gaza walau apa pun terjadi
2. Ada cubaan untuk mengaitkan pendirian kerajaan Malaysia berkenaan sempadan pra 1967 dalam dua kali kenyataan kerajaan pada 8 Oktober dan 3 November dengan kenyataan Khalid Mashaal pada 2017. Seolah-olah kerajaan buat pendirian berdasarkan pendirian Hamas.
3. Saya kongsikan perbezaan antara kedua-dua pendirian tersebut.
i. Penerimaan Hamas terhadap sempadan pra 1967 pada 2017 disertakan dengan kuat kenyataan ‘tidak mengiktiraf Israel’. Kenyataan kerajaan Malaysia pula mendiamkan isu pengiktirafan terhadap sempadan negara Israel.
ii. Pendirian Hamas adalah bersifat sementara. Penyelesaian akhir bagi Hamas adalah hanya akan ada satu negara berdaulat sahaja iaitu Palestin. Sedangkan kenyataan kerajaan difahami bahawa sempadan pra 1967 adalah penyelesaian akhir.
iii. Hamas meletakkan syarat penerimaan sempadan pra 1967 dengan genjatan senjata jangka panjang. Ini yang tidak dilaporkan oleh berita. Kerajaan tidak menyebut langsung syarat tersebut.
iv. Pendirian Hamas dibuktikan dengan tindakan melalui serangan dan banyak lagi tindakan lain. Semuanya mengukuhkan kenyataan di atas bahawa Palestin perlu merdeka sepenuhnya dan negara Israel perlu dihapuskan. Pendirian kerajaan pula disusuli dengan cadangan memindahkan penduduk Gaza sebagaimana yang disebut oleh Saifudin. Ini membuktikan format akhir pada kerajaan adalah memang wujud dua negara berdaulat.
4. Kerajaan pada pandangan saya perlu menyatakan dengan jelas pendiriannya supaya selari dengan kehendak dan maslahah rakyat Palestin. Dalam suasana perang, pendirian kabur dan bermain dengan bahasa hanya akan mengelirukan rakyat sendiri.
Wallahu a’lam
Sumber: Telegram Ustaz Fauzi Asmuni