Luaskan Kuasamu BERJASA Pahang

Kuantan – BERJASA Pahang telah menerima seramai 18 orang ahli baharu yang mendaftar ke dalam parti BERJASA pada majlis penyampaian sijil keahlian yang diadakan di pejabat BERJASA Pahang pada pukul 3 petang semalam.

Sambil menyerahkan borang keahlian itu juga, Pengerusi BERJASA Pahang, Dr Mohd Nor sempat memberikan penerangan mengenai parti BERJASA dan agenda yang dibawa oleh BERJASA.

Penyertaan ahli baharu ke dalam parti BERJASA ini semestinya memberikan satu semangat baharu kepada pimpinan BERJASA Pahang untuk terus bergerak dengan lebih gencar dalam medan politik nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Mengikut rekod, BERJASA Pahang pernah menghantar dua calonnya untuk bertanding dalam PRU-15 yang lalu iaitu Dr. Mohd Nor di kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Dr. Rasyidah di kerusi Dewan Undang Negeri Semambu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zamani Ibrahim, Mukhriz dan KJ Desak AS Tarik Balik Sokongan Kepada Israel

Next Post

Bekas Ahli UMNO Sertai BERJASA

Related Posts