Harga RON97 Dan Diesel Naik 5 Sen, Belum Turun Seperti Yang Anwar Janjikan

ron97

Harga RON97 dan diesel di Semenanjung masing-masing akan naik 5 sen bermula esok iaitu pada 17 Januari 2024.

Hal ini dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan yang mengumumkan harga RON97 naik daripada RM3.33 kepada RM3.38 seliter manakala diesel di Semenanjung pula naik daripada RM3.03 kepada RM3.08 seliter.

Di Sabah, Sarawak dan Labuan pula harga RON95 kekal RM2.05 manakala diesel kekal dengan harga RM2.15 seliter.

Tambah Kementerian Kewangan dalam kenyataannya, penetapan harga ini seiring peningkatan harga minyak pasaran dunia dan kadar baharu ini berkuat kuasa 15 Januari hingga 22 Januari.

Janji Untuk Turunkan Harga Minyak Termasuk RON97 Hanya Janji Kosong Anwar Ibrahim

Apabila berlakunya kenaikan minyak seperti di atas, ramai pihak akan mula mempersendakan Anwar Ibrahim yang dahulunya lebat memberikan janji untuk menurukan minyak sewaktu menjadi pembangkang.

Beliau pernah menjanjikan kepada penyokongnya jika beliau menang dan menjadi Perdana Menteri, pada hari esoknya minyak akan turun.

Sekarang sudah lebih daripada setahun beliau menjadi Perdana Menteri dan membentuk kabinet yang diinginkannya namun harga minyak masih belum turun seperti yang dijanjikan dahulu.

Apabila ditanya oleh ramai pihak mengapa minyak masih belum turun ketika beliau menjadi Perdana Menteri, beliau memberikan alasan bahawa kini harga minyak Arab Saudi untuk seliter sudah tinggi daripada Malaysia.

Dahulunya iaitu 17 tahun lalu sewaktu janji itu diungkapkan ketika berada di pihak pembangkang, beliau menjelaskan harga minyak Arab Saudi hanya 50 sen seliter berbanding Malaysia.

Beliau juga tegaskan harga minyak di Malaysia tidak boleh diturunkan lagi kerana pemberian subsidi yang terlalu tinggi oleh kerajaan.

Rakyat Masih Ternanti-Nanti Formula Daripada Rafizi

Seorang lagi figura politik yang dahulunya rancak memperjuangkan penurunan harga minyak ialah Menteri Ekonomi kini iaitu Rafizi Ramli.

Rafizi dahulunya rancak mengongsikan pelbagai formula untuk menurunkan harga minyak hingga dikenali dengan gelaran Raja Formula.

Beliau pernah melepaskan geram di hadapan khalayak ramai dengan mengatakan formula sedang berjalan dan pihak yang mengkritiknya sebagai bodoh.

Namun apakah yang dimaksudkan dengan formula yang sedang berjalan itu sedangkan subsidi untuk RON95 akan dibuat secara bersasar?

Hal ini tidak sama yang dilaungkan oleh beliau untuk memperjuangkan penurunan harga minyak bagi semua orang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
minyak masak paket subsidi

Kerajaan Masih Belum Ada Solusi Untuk Pembelian Minyak Masak Paket Subsidi

Next Post
ron95

Inflasi, Harga RON95 Dan OPR Dijangka Naik Untuk 2025

Related Posts