Antara “B”, “,M” Dan “T”

Menjadi satu perdebatan umum mengenai kelas pendapatan yang mengasingkan B40, M40 dan T20.

Bagi yang tidak tahu, isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah dikategorikan sebagai B40 manakala golongan M40 adalah dalam kalangan isi rumah berpendapatan antara RM4,851 hingga RM10,970 sebulan. T20 pula merujuk golongan kaya yang mana gaji dan pendapatan isi rumah mereka melebihi RM10,971 sebulan.

Pengekelasan pendapatan ini sering mencipta kontroversi apabila golongan rakyat bawahan mengatakan pengkelasan ini tidak adil kerana tidak tepat dengan situasi ekonomim yang mereka hadapi.

Ada pihak yang mengatakan gaji M40 di Lembah Klang sama rasanya seperti golongan B40 kerana kos sara hidup yang tinggi dan menekan rakyat.

Bagi golongan T20 pula ada yang mengeluh kerana walaupun pendapatan isi rumah mereka tinggi melebihi RM10,000 namun merasa terbeban ditambah dengan ahli keluarga yang ramai perlu mereka tanggung.

Saya telah lama memerhati akan isu ini kerana seakan wujud ketidakadilan dalam bancian yang dikenakan.

Ia agak umum dan tidak spesifik untuk pengekelasan pendapatan yang dikenakan kepada rakyat.

Namun, isu ini seakan ada sinarnya untuk diselesaikan apabila Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali mencadangkan untuk menjadikan konsep pendapatan selesa sebagai kayu ukur baharu untuk menentukan taraf hidup isi rumah di negara ini.

Konsep pendapatan selesa ini mengambil kira dua faktor iaitu lokasi tempat tinggal dan saiz keluarga.

Saya berpendapat ini merupakan idea yang sepatutnya diraikan oleh kerajaan memandangkan beberapa kawasan di Malaysia ini berbeza kos sara hidup dan taraf ekonominya.

Bukan itu sahaja, malahan jika dijadikan pendapatan selesa sebagai ukuran, mungkin gaji minimum akan lebih tinggi.

Imran Hakimi

NASTRACOM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Larut Lantik Ahli Jawatankuasa Baharu

Next Post

Kerajaan Kini Tidak Kukuh & Bercelaru

Related Posts