Shah Alam – Kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa bahawa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak kebebasan beragama di Pulau Pinang jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh kemenangan di negeri tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah bersifat biadab, jahat dan rasis.
Beliau seakan cuba menimbulkan rasa takut dengan gambaran bodohnya apabila menyamakan Pulau Pinang dengan kerajaan China di bawah pemerintahan Dinasti Ming yang akan diserang oleh tentera Mongol juga satu tindakan pembodohan melampau oleh beliau.
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif di dalam laman sosial Facebooknya berkata, kenyataan Lim Guan Eng itu amat kurang ajar dan tidak menggambarkan langsung realiti masyarakat Cina kini yang menikmati kekayaan ekonomi tanpa gangguan.
Jelas beliau, masyarakat Cina di Pulau Pinang misalnya bebas mengamalkan gaya hidup yang tersendiri tanpa perlu dipaksa untuk menuruti dan mematuhi etika kaum lain terutamanya kaum Melayu dari segi budaya dan agama.
“Kenyataan Lim Guan Eng itu bersifat “fear mongering” kerana ingin menakutkan kaum Cina agar berhati-hati dengan parti politik Melayu sedangkan perjuangan parti-parti ini tidak langsung ingin menyentuh sensitiviti kaum Cina”.
“Adakah beliau tidak sedar bahawa sekolah persendirian Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina menikmati bantuan yang cukup besar daripada kerajaan sehingga sekarang jadi di manakah unsur penindasan itu?”.
“Jangan dilupakan juga kaum Cina secara terang-terangan menceroboh tanah simpanan di Raub untuk membuka lading durian dan beruntungnya mereka apabila tindakan itu dipertahankan oleh ahli politik di Parlimen yang menggesa agar kerajaan melindungi mereka atas dasar kemanusiaan”.
“Warga China yang masuk ke Malaysia dengan kontroversi siap dipertahankan lagi oleh kerajaan dengan alasan pihak penguatkuasa kita menyalah guna kuasa untuk menahannya sedangkan terbukti tiada langsung unsur salah guna kuasa tersebut. Jadi di manakah ancaman itu wahai Lim Guan Eng?”, tegas beliau.
MalaysiaNow telah memetic kenyataan kontroversi Lim Guan Eng itu dengan mengatakan bahawa selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha ketika menghadiri sebuah acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong semalam.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah pun mengeluarkan kenyataan akan menyiasat kenyataan tersebut yang dikatakan menyentuh isu sensitif berkaitan 3R iaitu agama, kaum dan raja.