Kenyataan Hina Melayu: Amerika Negara Pembuli Ekonomi Dunia?

Kenyataan angkuh oleh bekas hos Fox News, Carl Cameron, yang mendakwa “orang Melayu tak mampu membeli barangan buatan Cina”, adalah contoh jelas sikap angkuh dan tidak sensitif kuasa besar seperti Amerika Syarikat terhadap negara membangun.

Dalam satu forum ekonomi antarabangsa, kenyataan ini bukan sahaja bersifat menghina majoriti rakyat Malaysia, malah mencerminkan mentaliti kolonial ekonomi yang masih menebal dalam kalangan tokoh media dan politik Barat. Mereka masih melihat negara seperti Malaysia sebagai pasaran bawahan, pengguna pasif, dan tidak mempunyai daya saing.

Amerika Syarikat tidak memahami struktur sosial dan ekonomi Malaysia, malah sering cuba mencampuri urusan domestik negara — dari soal hubungan antarabangsa, sistem kewangan hinggalah kepada sistem pembayaran tempatan. Kita tidak lupa bagaimana AS pernah menyuarakan ketidakselesaan terhadap sistem pembayaran tempatan seperti DuitNow, dan mengesyorkan kita beralih kepada sistem antarabangsa yang dikawal mereka seperti MasterCard.

Inilah wajah sebenar kuasa besar – mereka tidak mahu negara membangun berdikari, mereka mahu kita kekal bergantung, tunduk dan patuh kepada kehendak mereka. Tetapi Malaysia bukan negara yang boleh dibuli. Kedaulatan ekonomi dan budaya negara ini bukan untuk dijual atau dinilai berdasarkan ‘standard’ Barat.

Penghinaan terhadap orang Melayu adalah penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Kita tidak perlukan pengiktirafan Barat untuk membina kekuatan sendiri. Apa yang penting ialah keyakinan terhadap identiti nasional, keupayaan ekonomi tempatan, dan keberanian mempertahankan hak kita di pentas dunia.

Malaysia tidak tunduk kepada tekanan, apatah lagi ejekan yang dangkal. Ini tanah berdaulat, dan kami tidak akan benarkan sesiapa memperlekehkannya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hadiah Bentuk Naga: Mengapa Bukan Harimau, Lambang Malaysia

Next Post

Majlis Aidilfitri KKM: Dimana integriti dan keutamaan dasar pentadbiran negara?

Related Posts