Cipta Bahan Lucah Menggunakan AI : Kenapa Bila Bukan Islam Yang Buat, Semua Senyap?


Isu penyalahgunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, yang menyaksikan gambar 38 pelajar disunting menjadi bahan lucah, sepatutnya mencetuskan kemarahan nasional. Namun yang berlaku sebaliknya — isu ini senyap, tidak menjadi tajuk utama media sosial, dan hampir tiada kecaman keras daripada netizen liberal dan NGO hak asasi manusia.

Bayangkan jika kes ini berlaku di sekolah kebangsaan biasa, atau lebih-lebih lagi jika pelaku adalah pelajar Melayu dan mangsa berbangsa lain. Sudah pasti ruang media sosial dibanjiri dengan kecaman tanpa henti, label ekstremis, kolot, malah tuntutan agar pihak kerajaan dan polis mengambil tindakan segera dan keras. Tapi kerana ia melibatkan sekolah Cina dan murid bukan Islam, reaksi netizen sangat selektif dan “berhati-hati”.

Inilah sikap berat sebelah dan hipokrit yang semakin menjijikkan dalam masyarakat hari ini. Mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi, keselamatan wanita dan integriti digital tiba-tiba menjadi bisu apabila ia melibatkan ‘puak sendiri’. Tiada kenyataan keras dari menteri progresif, tiada desakan siasatan terbuka dari NGO liberal, malah media arus perdana juga memilih nada ‘selamat’.

Jenayah tetap jenayah, walau siapa pun pelakunya. Penyalahgunaan AI untuk tujuan lucah melibatkan pelajar sekolah adalah satu bentuk keganasan digital dan mesti dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan anak-anak di negara ini. Kerajaan juga perlu menjelaskan apa pelan konkrit mereka dalam mengawal selia penggunaan AI secara lebih beretika dan berperundangan.

Jangan sampai teknologi baru menjadi senjata merosakkan maruah, dan lebih parah — disenyapkan hanya kerana pelakunya datang dari kaum atau kelompok yang ‘tidak boleh disentuh’.

Admin Gelombang Berjasa

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KMUM Bela Penceroboh Tanah? Mahasiawa Jangan Jadi Boneka Anti-Kedaulatan

Next Post

Notis Palsu Menara KL: kementerian Komunikasi Berbohong

Related Posts