Kempen Melayu Turun Undi Hangatkan PRN 2023

Bangi – BERJASA telah melancarkan kempen Melayu Turun Undi sebagai satu inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai pengundi berbangsa Melayu turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 akan datang.

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim ketika ditemubual oleh pihak media berkata, memang terdapat peningkatan jumlah pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lepas namun kesedarannya masih lagi berada di tahap yang minima.

“Saya setuju dengan statistik yang mengatakan jumlah pengundi Melayu yang turun mengundi di PRU-15 telah meningkat berbanding beberapa PRU yang lepas namun peningkatan itu masih belum berada di tahap yang memuaskan”.

“Hakikatnya kesedaran politik dalam kalangan mereka terutamanya anak muda masih berada di tahap yang minima hinggakan ada yang tidak mahu ambil tahu tentang politik. Jadi kempen Melayu Turun Undi ini adalah satu inisiatif BERJASA untuk mengajak mereka turun beramai-ramai mengundi PRN nanti”, jelas beliau.

Beliau ditemui ketika berlangsung sidang media khas BERJASA sempena PRN 2023 yang bertempat di Hotel Tenera, Bangi pada hari Khamis yang lepas.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Masih Berhubung Baik Bersama Tun M

Next Post

Biar Tidak Cukup Mewah Asalkan Mampu Dimiliki

Related Posts