Kekalkan identiti Negara Malaysia, Jangan Cemari Dengan Unsur Asing

Bulan Ogos ataupun lebih tepatnya pada tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi Malaysia bagi menonjolkan identiti negara Malaysia kepada khalayak umum.

Selain daripada bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan bagi Malaysia, bulan Ogos juga dikenali sebagai bulan yang menonjolkan keunikan identitinya kepada rakyat malahan juga kepada pihak luar.

Hal ini boleh dikatakan ia merupakan satu pertunjukkan “soft power” milik Malaysia yang sudah berkekalan lama sejak merdeka daripada penjajah British lagi.

Sebelum ini rakyat tempatan dan pihak luar mungkin hanya mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang beridentitikan pelbagai kaum terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan serta kaum lain di Sabah dan Sarawak namun sebenarnya banyak lagi identiti negara yang tidak diketahui secara umum oleh orang ramai.

Jangan terkejut juga kini sudah pun ada beberapa propaganda ataupun gerakan yang cuba mencemari identiti negara Malaysia dengan menggantikannya dengan identiti asing yang lain. Hal ini boleh dikatakan sebagai tindakan yang jahat dan bermotifkan politik busuk.

Apakah Contoh Identiti Negara Malaysia?

Setiap negara mempunyai identitinya tersendiri yang ingin ditonjolkan kepada negara luar khususunya. Identiti negara yang ditonjolkan boleh menjadi kebanggan dan menaikkan imej mereka di mata antarabangsa.

Sama juga dengan Malaysia. Malaysia mempunyai identiti negaranya yang tersendiri dan sudah bertahan sekian lamanya.

Malaysia mengamalkan sistem politik monarki berperlembagaan yang agak unik terdiri daripada sembilan orang sultan negeri-negeri Melayu.

Hal ini dikatakan unik kerana Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak sebagai Ketua Negara akan menjawat jawatan dalam tempoh tertentu sahaja iaitu selama lima tahun sahaja sebelum digantikan secara bergilir dari kalangan sultan-sultan di sembilan negeri Melayu.

Sistem ini tidak ada di negara yang lain walaupun terdapat pemerintaha beraja di negara-negara Eropah mahupun Timur Tengah kerana sistem penggiliran untuk menjawat takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong itu menampakkan keunikan identiti negara Malaysia itu sendiri.

Selain itu, bendera Malaysia yang dikenali dengan namanya Jalur Gemilang juga merupakan identiti bagi Malaysia.

Bendera yang berjalur merah putih sebanyak 14 itu melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan yang ada di Malaysia.

Warna merah putih juga dipilih mengikut bendera kerajaan Majapahit yang dahulunya dikenali negara maritim yang hebat di rantau Nusantara.

Bulan sabit dan bintang 14 bucu melambangkan Islam dan perpaduan maka tidak hairan Islam di Malaysia diletakkan di kedudukan yang amat tinggi dalam pentadbiran mahupun pengamalannya.

Satu lagi identiti negara Malaysia yang umum ketahui ialah kemajmukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum utama iaitu tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, dan India, serta pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, dan Bajau.

Namun demikian, mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa utama dalam berkomunikasi dan bahasa rasmi negara tetapi bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, dan pelbagai dialek tempatan juga dituturkan.

Kepentingan Identiti Negara Malaysia

Identiti negara yang kukuh membantu menanamkan rasa cinta dan bangga terhadap negara. Rakyat yang mempunyai rasa patriotik akan lebih bersedia untuk mempertahankan negara, menghormati undang-undang, dan menyokong usaha pembangunan negara.

Bukan itu sahaja malahan identiti negara membentuk jati diri rakyat Malaysia yang unik, yang membezakan mereka dari bangsa lain termasuk nilai-nilai seperti sopan santun, toleransi, dan semangat gotong-royong.

Rakyat yang bersatu padu di bawah satu identiti negara akan lebih mudah bekerjasama dalam usaha pembangunan sosial dan ekonomi seterusnya mempercepatkan kemajuan negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Secara keseluruhannya, identiti negara Malaysia adalah asas kepada kestabilan, keharmonian, dan kemakmuran negara.

Hal memberikan rakyat satu rasa kebersamaan, tujuan bersama, dan bangga menjadi sebahagian daripada sebuah negara yang unik dan berbilang budaya.

Setiap rakyat Malaysia wajar mempertahankan identiti negara ini agar ia terus dipelhara daripada diancam oleh unsur-unsur asing yang cuba dibawa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sumber Nadir Bumi Malaysia: Malaysia Ada Potensi Bangunkan Jenama Kereta Elektrik Sendiri

Next Post

Miskin Bandar: Mengupas Faktor-Faktor Kemiskinan Di Kota Raya

Related Posts