SHAH ALAM – Keputusan Ts Johari dalan isu pengosongan enam kerusi wakil rakyat yang mengubah sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat mengecewakan. Tindakan beliau sebagai Speaker Parlimen seakan telah membakulsampahkan Akta Anti Lompat Parti yang telah pun dipersetujui oleh semua pihak.
Tindakan beliau ini bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini terutamanya PKR yang sering melaungkan isu berkenaan pematuhan undang-undang tetapi sebaliknya kerajaan semasa hari ini pimpinan Anwar Ibrahim menjadikan undang-undang rimba sebagai rujukan mengikut kemahuan dan kepentingan sendiri.
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata tindakan speaker uga akan menyebabkan berlakunya siri lompat parti yang seterusnya dan undang- undang yang diwujudkan di Dewan Rakyat tidak lagi akan dihormati oleh semua pihak. Hal ini menjadikannya sebagai kotak pandora untuk mana-mana pihak melompat ke parti yang lain.
“Kesannya amat besar, bukan sekadar ketidakstabilan Kerajaan akan berlaku, malah undang-undang juga akan dicabar menggunakan tindakan kerajaan sendiri sebagai kes rujukan”.
“Saya mewakili BERJASA mengutuk secara sekeras-kerasnya tindakan hipokrit speaker Parlimen dan menyeru keenam enam kerusi dikosongkan segera demi mematuhui akta yang telah berkuatkuasa”, tegas beliau.
Selain itu, veteran UMNO Shahrir Samad mengingatkan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan.