Kerajaan Tidak ‘Firm’, Keliru Dengan Keputusan Sendiri

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Puchong – Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ingin menyelidik dan berbincang semula berkenaan perlaksanaan cukai vape seakan telah mengelirukan rakyat dalam soal penetapan sesuatu dasar dan polisi.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan berkata, keputusan ini sudah dapat diagak kerana KKM seperti membuat keputusan yang terburu-buru tanpa mendapatkan pandangan daripada anggota Parlimen.

“Kerajaan seperti tidak ‘firm’ dalam membuat sesuatu dasar dan polisi untuk negara. Apa yang mereka tahu ialah buat dahulu baru semak dan pertimbangkan”.

“Apabila terlalu banyak keputusan “u-turn” dibuat oleh kerajaan, rakyat akan berasa keliru dan sedikit demi sedikit menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan”.

“Seeloknya kerajaan ini pertimbangkan dengan dalam sedalamnya berkenaan isu pembenaran nikotin untuk dijual ini. Saya faham ia dibuat untuk kutipan cukai namun kesihatan rakyat juga perlu dipertimbangkan. Bagi saya, pengeluaran nikotin daripada Akta Racun 1972 adalah keputusan yang tidak bijak dan terburu-buru”, tegas beliau.

Tambah beliau, sepatutnya memimpin negara perlukan perancangan dan agenda yang komprehensif demi melihat generasi yang lahir selamat, jauh dari gejala vepe dan memenuhi cita-cita menuju negara maju.

Selaras dengan slogan Malaysia Madani, menjadi satu kewajiban kepada pemerintah untuk mengelakkan perkara yang mudarat yang berisiko merosakkan budaya masyarakat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perlaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) akan dikaji semula dalam persidangan Dewan Rakyat termasuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi mengawal selia semua produk kawalan tembakau akan diteruskan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pemuda BERJASA, Meor Azim

Sampai Bila PMX Akan Bersikap ‘Fear Mongering’?

Next Post
Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Kekurangan Guru: KPM Perlu Laksanakan Solusi Segera

Related Posts