Dunia dijangka berdepan dengan krisis ekonomi yang kritikal dengan kadar inflasi yang sangat tidak seimbang. Ditambah pula isu kekuatan ekonomi sara hidup belia yang masih tiada jaminan.
Kerajaan Perpaduan wajib bersungguh mengoptimumkan keboleh pasaran kemahiran dan tenaga anak muda sehingga mampu memberi impak positif kepada pengukuhan industri dan ekonomi negara.
Merujuk kepada kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 24 tahun meningkat pada Februari 2021 sebanyak meningkat sebanyak 52.4 ribu orang kepada 347.6 ribu orang berbanding bulan sebelumnya (Januari 2021 sebanyak 295.3 ribu orang.
Belia merupakan teras kemenjadian dan pembangunan masa depan negara. Semangat dan kecerdasan yang dimiliki perlu dimanfaatkan dalam bentuk perjuangan kepada negara.
Polis berjaya membuat 9,029 tangkapan pengedar di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tahun lalu dan seramai 18,064 orang pengedar ditangkap di bawah Seksyen 39A akta yang sama.
Polis turut berjaya menemui 19 pusat memproses dadah dengan rampasan dadah bernilai lebih RM108 juta manakala Polis Perak berjaya menemui dua makmal melibatkan rampasan dadah bernilai RM111 juta, hurai khutbah yang disampaikan pada Febuari lepas.
Mereka adalah “king maker”. Kekuatan mereka masih perlukan sistem sokongan yang boleh membantu pembangunan belia secara holistik.
Kerajaan hari ini naik dengan sokongan mereka dan boleh jatuh apabila kehilangan kepercayaan mereka. Maka bertindaklah segera demi pembangunan belia yang lebih terjamin.
Fahmi Bazlan
Ketua Pemuda BERJASA