Isu 3R Yang Berat Sebelah Kepada Orang Melayu

Isu 3R yang melibatkan tiga aspek iaitu kaum, agama dan institusi diraja mula hangat dibangkitkan sewaktu pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu 3R ini dari segi ideal atau luarannya nampak baik bagi mengekang segala suara provokasi yang dapat mengancam etnososial masyarakat di Malaysia namun kerajaan dilihat menggunakan isu 3R ini sebagai satu bentuk perlindungan daripada kritikan.

Hal ini dapat dilihat melalui tekanan yang diberikan oleh kerajaan kepada ahli politik pembangkang mahupun penyokong pembangkang yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam. Mereka akan ditekan oleh kerajaan dengan tindakan undang-undang kononnya atas sebab 3R sedangkan mereka hanya meluahkan kerisauan dan kecaknaan semata-mata.

Pada Julai 2023 yang lepas kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan bagi menilai undang-undang sedia ada serta memperhalusi keperluan untuk mewujudkan akta baharu berkaitan isu 3R. Hal ini berikutan terdapat kekeliruan dengan apa yang dimaksudkan dengan 3R itu sendiri secara spesifik.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sering mengulangi amaran kepada mana-mana pihak yang melanggar 3R namun adakah salah untuk seseorang meluahkan kecaknaan kepada kerajaan tentang nasib orang Melayu dan Islam di Malaysia? Kerajaan seakan melihat mana-mana suara yang melaungkan hak Melayu dan Islam sebagai satu ancaman dan perkauman.

Kini telah gempar dengan satu ciapan daripada akaun Twitter yang bernama @StevenL5750 yang berniat jahat menuduh akaun syariah KWSP diberikan kadar dividen yang tinggi kerana mendapat ‘subsidi’ daripada akaun konvensional milik KWSP. Tuduhan ini telah menghina Islam dengan seakan ingin menghina dan memandang rendah skim ekonomi Islam.

Namun masih lagi tiada apa-apa tindakan daripada Menteri Komunikasi berkenaan ciapan ini. Dahulu beliau berlagak kononnya akan terus membanteras isu 3R namun rupanya ia hanya terpakai kepada orang Melayu sahaja tetapi tidak terpakai kepada kaum lain.

Isu 3R hanya akan dimanipulasi oleh kaum lain untuk terus memainkan sentimen Islamofobia di bawah pemerintahan kerajaan yang lemah dan bodoh.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cukai SST: Rakyat ‘Dibunuh’ Dengan Tarif Utiliti

Next Post

FELDA, PR1MA & LTAT Dalam Keadaan Bermasalah?

Related Posts