BANGI – Syarikat berkaitan/milik kerajaan ataupun GLC seperti FELDA, PR1MA dan LTAT memainkan peranan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara. Namun demikian, FELDA, PR1MA dan LTAT dilihat dalam keadaan yang bermasalah kerana mengalami kerugian bersih dalam jumlah yang banyak.
Semalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022 menunjukkan FELDA mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 billion. FELDA didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember tahun 2022.
FELDA bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan persekutuan untuk menampung kos operasi dan liabiliti dan dalam masa yang sama FELDA juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk melunaskan pembiayaan yang diterima sehingga tempoh matang. FELDA memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan berjumlah RM7.973 bilion dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM0.686 bilion.
Selain itu, FELDA mempunyai komitmen bayaran balik Kemudahan Pembiayaan Tawarruq kepada sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) sejumlah RM50 juta setahun bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2024 yang mana baki bayaran balik berjumlah RM2.595 bilion perlu dibuat mengikut jadual dalam tempoh 15 tahun mulai tahun 2029.
Laporan Ketua Audit Negara tersebut juga mengkategorikan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik sukuknya. PR1MA dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
Satu lagi GLC kerajaan iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pula menghadapi rizab yang negatif. LTAT menghadapi rizab negatif berjumlah Rm0.388 pada tahun 2022.
SUMBER – Malaysia Gazette