Cukai SST: Rakyat ‘Dibunuh’ Dengan Tarif Utiliti

BANGI – Rakyat Malaysia terpaksa menyambut tahun baharu 2024 dengan cukai baharu iaitu cukai SST. Cukai SST yang sebelumnya hanya dengan kadar 6% meningkat kepada 8% akan memberi kesan yang besar kepada peniaga dan rakyat. Mereka berasa terbeban dengan kenaikan cukai SST ini disamping dengan keadaan ekonomi yang amat lemah sekarang.

Walaupun tidak semua item atau barang dikenakan cukai SST namun antara perkara yang sering terlepas pandang ialah tarif utiliti yang berpotensi menjadi pembunuh senyap khususnya kepada peniaga. Tarif utiliti yang dimaksudkan di sini ialah bil air dan elektrik yang sering digunakan di kilang-kilang tidak kira kilang pemprosesan makanan ataupun sebagainya.

Kerajaan memang menetapkan mana-mana penggunaan elektrik di bawah 600kwJ namun perkara ini tidak terpakai langsung kepada para pengilang ataupun peniaga yang terpaksa menggunakan elektrik yang tinggi untuk operasi perniagaan. Semestinya bil elektrik mereka akan menjadi lebih daripada 600kwJ maka kenaikan harga barang sudahpun berlaku di kilang lagi.

Untuk memindahkan tanggungan kos tersebut, pengilang ataupun peniaga akan mengenakan harga yang mahal berkadar dengan jumlah 8% yang dikenakan oleh SST. Kesannya akan dirasai oleh rakyat yang berperanan sebagai pembeli akhir.

Mungkin pengilang ataupun peniaga besar tidak terlalu terkesan dengan kenaikan tarif utiliti namun bagaimana pula dengan peniaga kecil. Sebagai contoh, kedai yang menjual makanan sejuk beku di kawasan kampung akan berhempas pulas untuk mengekalkan kos operasi perniagannya akibat menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.

Sudah lah berdepan dengan kemerosotan nilai mata wang Ringgit, kini terpaksa menerima pula peraturan baharu yang akan merumitkan lagi para peniaga dan dikongsi bersama dengan rakyat akibat kenaikan harga barang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan MADANI Bacul, Pengecut Dan Tidak Bertanggungjawab

Next Post

Isu 3R Yang Berat Sebelah Kepada Orang Melayu

Related Posts