Himpunan Pembebasan Palestin – Cukup NGO Sahaja Yang Anjurkan

BANGI – Kerajaan pada petang Ahad yang lalu telah menganjurkan Himpunan Pembebasan Palestin yang dihadiri ribuan orang bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Para peserta memakai pakaian serba putih dan mengenakan mafela sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka.

Namun demikian, Naib Presiden BERJASA Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berpendapat sebaliknya apabila mengatakan bahawa acara Himpunan Pembebasan Palestin ini cukup hanya pihak badan bukan kerajaan (NGO) sahaja yang lakukan bukannya kerajaan.

Kerajaan khususnya Perdana Menteri dilihat mempunyai peranan yang lebih besar daripada itu dengan memainkan peranan yang lebih bersifat global mahupun serantau.

“Saya berpendapat kerajaan yang diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memainkan peranan yang lebih agresif dengan memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi bersama semua syarikat yang mempunyai kepentingan di Israel.

“Mereka juga boleh membuka tabung bantuan yang berskala besar untuk bantuan kewangan kepada Palestin dengan mengumpul sekurang-kurangan ratusan juta dolar AS.

“Satu lagi apa yang saya nampak negara-negara Islam tiada kesatuan untuk menyelesaikan konflik di Palestin melalui OIC. Jadi kerajaan boleh mendesak OIC untuk meyakinkan negara-negara Islam ini untuk bertindak agresif dalam membela Palestin di platform antarabangsa”, tegas beliau.

Selain itu juga, beliau mendesak kerajaan untuk menghantar bantuan perubatan dan kejuruteraan bagi membina semula infrastruktur negara Palestin. Keadaan di sana sekarang dilihat agak daif dan langsung tidak menampakkan ia sebagai sebuah negara yang selamat untuk dihuni oleh orang ramai.

“Yang terakhir, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menghantar bantuan ketenteraan secara rasmi atau dibelakang tabir dan perancangan ini perlu dibuat secara pakatan bersama dengan negara lain”, jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata himpunan solidariti itu adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Sertai BRICS – Apakah Pro Dan Kontra Kepada Malaysia?

Next Post

Belanjawan 2025 – Apakah Harapan Orang Muda?

Related Posts