Graduan PhD Sukar Masuk Ke Industri: Apa Penyelsaiannya?

Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Shah Alam – Isu graduan lepasan PhD sukar untuk memasuki industri bagi memulakan kerjaya sudah lama disuarakan daripada dahulu lagi.

Pihak industri di Malaysia dilihat lebih mengutamakan pengalaman kerja berbanding tahap kelayakan ataupun pengetahuan seseorang.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman melihat ia berlaku atas beberapa faktor seperti PhD ini dilihat lebih kepada penambahbaikan ilmu yang sedia ada dan dikaji untuk mencapai ‘breakthrough’ baru.

Maka, secara teorinya, jika ilmu itu baharu dalam industri ataupun bidang ilmu baharu, semestinya ia lebih menguntungkan untuk mana-mana syarikat gunakan untuk dapatkan kelebihan dalam perniagaan mereka daan pembuat kajian tersebut semestinya menjadi mahal dengan nilai kebolehan yang mereka ada.

Di sini kita ada beberapa padanan yang salah; sebab ilmu tersebut menjadi hakmilik universiti, jadi jika ingin gunakan paten tersebut perlu berunding dengan universiti, dan dengan ‘redtape’/kekangan birokrasi dan kesuntukan masa, ianya jadi lambat.

Selalunya kajian tersebut hanya secara kajian awal, akan jadi mahal kalau nak murahkan kos pembuatan teknik tersebut (dengan ‘economies of scale’ ataupun teknologi masakini dapat kedepankan). Ini belum lagi cerita paten cetusan fikiran tersebut, ianya hanya bertahan selama beberapa tahun, sebelum diketahui umum dan dihasilkan secara lambakan.

“Saya melihat ada budaya yang pelik berlaku di dalam universiti kita; budaya menghasut pelajar2 menyambung PhD dengan harapan nilai harga pasaran lebih tinggi. Memang universiti suka, sebab pelajar kena bayar untuk PhD & geran untuk taja kajian, dan juga dapat menyambung kajian tertunggak profesor2 (yang kena melayan pelajar-pelajar dengan peperiksaan, ujian dll)”.

“Bagi saya sasaran pelajar PhD yang ramai ini tidak realistik di masa kini kerana susah untuk lulus PhD dalam beberapa tahun jika diambil sambil lewa dan kehidupan perlu diteruskan. Sebenarnya majikan dan GLC pun hanya akan buat kajian dalam syarikat mereka sendiri, dan kajian pun tak perlu lama untuk untung”, tegas beliau.

Beliau menambah, kalau dilihat secara keseluruhan dapat dilihat di sini bahawa ada satu ideologi yang telah merosakkan budaya ilmu ini; kapitalisme & pragmatisme.

Kapitalis kerana berlaku ketirisan dalam merendahkan harga pencinta ilmu demi mengaut keuntungan yang lebih, mereka pun terpaksa akur untuk hidup hari yang seterusnya. Kemahiran bukannya tidak boleh diajar.

Pragmatis pula kerana kita takut untuk mencuba melabur dalam perkara-perkara baharu, kerana ianya tiada contoh terdekat untuk dijadikan penialian risiko (yang juga kapitalis kerana mahal untuk gagal).

Oleh hal yang demikian, beliau menggariskan beberapa langkah penyelesaian untuk isu ini iaitu yang pertama, permudahkan pemindahan ilmu antara industri dan universiti (sudah ada tetapi tidak cukup kuat dan senang) contoh seperti di Jerman dan Korea Selatan.

Kedua, permudahkan pelaburan ke atas ilmu-ilmu dan usaha baru dalam kajian universiti.

Akhir sekali, menerima PhD sebagai satu kelebihan seperti kertas-kertas profesional seperti ACCA dan wujudkan bantuan/skim penyesuaian pelajar PhD ke dalam industri. Perkara ini mungkin perlunya ada agensi baharu untuk membantu.