Hormati Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dilihat makin berani dicabar apabila Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) menyuarakan bantahan susulan laporan bahawa pegawai agama Islam akan ditempatkan di semua jabatan kerajaan.

Respon yang dibuat oleh mereka ini susulan laporan yang mengatakan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan ditempatkan di semua jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan yang dibuat selari dengan prinsip Islam.

Kerisauan yang diluahkan oleh mereka ini seakan kononnya kerajaan ingin melakukan proses Islamisasi secara besar-besaran sehingga menjejaskan kepentingan agama lain.

Mereka juga mendakwa Mahkamah Agung hanya memutuskan Perkara 3(1) bahawa ‘Islam’ atau ‘agama Islam’ dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan hanya membawa maksud perbuatan yang berkaitan dengan ritual, upacara keagamaan dan adat resam.

Kebebasan Beragama Boleh Diamalkan Tetapi Islam Tetap Agama Rasmi Malaysia

Malaysia memang ada memperuntukkan bahawa agama lain bebas diamalkan di Malaysia namun ia tetap tidak mengubah bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Dakwaan yang mengatakan Islam hanya berkisar soal ritual, upacara keagamaan dan adat resam dilihat agak melampau kerana Islam mencakupi lebih luas daripada semua itu.

Selain daripada pelaksanaan Islam di dalam pentadbiran negara, Islam juga mempengaruhi budaya dan kehidupan sosial di Malaysia.

Norma-norma dan nilai-nilai Islam sering tercermin dalam peraturan sosial dan budaya tempatan.

Contohnya, larangan terhadap penjualan alkohol dan daging babi di kawasan-kawasan tertentu, serta pematuhan terhadap kod pakaian yang menutup aurat dalam kalangan Muslim.

Nilai-nilai Islam juga mempengaruhi undang-undang dan dasar-dasar yang berkenaan dengan moral dan etika seperti larangan terhadap judi dan amalan-amalan yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

Maka ini menunjukkan bahawa agama Islam sudah pun sebati dalam masyarakat Malaysia sehingga menjadi norma hidup di Malaysia.

Islam sebagai agama rasmi Malaysia mencerminkan kedudukan istimewa agama Islam dalam perlembagaan dan kehidupan masyarakat.

Jika benar dakwaan akhbar Daily Express berkenaan tindakan kerajaan ingin menempatkan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan, tindakan itu bukannya sebagai satu tindakan yang menghairankan.

Penempatan pegawai JAKIM ini mungkin dilihat sebagai satu usaha oleh kerajaan untuk memastikan nilai integriti di jabatan kerajaan dapat dikekalkan daripada dicemari dengan unsur rasuah.

Langkah ini sepatutnya disokong oleh semua pihak dan memainkan sentimen Islamophobia dalam perkara ini dilihat agak kurang bijak.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dilema Identiti Negara Malaysia Melalui Bahasa

Next Post

Brain Drain Di Malaysia: Realiti Pahit Yang Berlaku Kini

Related Posts