Kartel Punca Kilang Beras Bumiputera Terbesar Di Perlis ‘Bungkus’?

kilang beras bumiputera

Kilang beras Bumiputera terbesar di Perlis yang sudah berkhidmat selama 57 tahun dilaporkan semakin ‘tenat’ untuk meneruskan operasi pemprosesan padi.

Kilang beras Bumiputera tersebut yang dikenali sebagai kilang Dibuk Sdn Bhd mengatakan mereka terpaksa ‘menggulung tikar’ kerana terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengarah Urusannya, Marzhuki Othman berkata kilang tersebut yang menjadi tumpuan dan kemudahan kepada 10,000 petani di Perlis adalah kilang ketiga syarikat tersebut yang mana merupakan kilang terakhir yang beroperasi setelah dua kilang mereka yang lain sudah ditutup sepenuhnya.

Beliau mendakwa syarikatnya terpaksa menutup dua kilangnya kerana mereka sudah mengalami kerugian lebih RM10 juta dan dikhuatiri terus meningkat jumlah kerugian tersebut.

Tambah beliau, sejak 1998 daripada 127 kilang padi milik penuh Bumiputera yang aktif kini hanya tinggal 9 kilang sahaja yang masih bertahan namun dalam keadaan yang ‘sakit’ dan bakal ‘rebah’ pada bila-bila masa sahaja.

Hal ini menunjukkan mungkin pada masa akan datang penglibatan golongan Bumiputera dalam industri pemprosesan padi akan merosot dan terhapus begitu sahaja.

Kilang Beras Bumiputera Dijatuhkan Oleh Kartel?

Marzhuki Othman tidak menolak faktor yang menjadi punca kepada kerugian syarikatnya adalah kerana wujudnya manipulasi beras tempatan menjadi beras import yang didalangi oleh kartel.

Bukan itu sahaja malahan beliau mendakwa langkah pihak berkuasa dalam industri padi mengeluarkan dan membenarkan pusat belian padi berlesen berada di dalam lingkungan 20 kilometer dengan kilang menambahkan barah kepada pemain Bumiputera dalam industri beras negara.

Hal ini kerana ada dalam kalangan pemegang lesen ini dilihat menjadi ‘orang tengah’ dalam manipulasi pasaran beras ini malahan mereka ditaja kilang besar dalam membolot padi walaupun berada di luar kawasan.

Langkah yang diambil oleh mereka ini akhirnya menaikkan kos dalam pengeluaran beras dan lonjakan harga belian padi ini berlaku juga disebabkan oleh pengilang besar bukan Bumiputera yang turut menguasai pasaran beras borong bagi mendapatkan bekalan padi.

Hal ini tidak ditambah lagi dengan tindakan kartel yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda menerusi aktiviti manipulasi beras tempatan yang dijadikan beras import.

Kerajaan masih gagal untuk mengatasi isu ini walaupun sudah banyak dijanjikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu untuk menyelesaikannya.

Kerajaan hanyan memberikan janji bulan dan bintang sahaja untuk selesaikan isu ini namun langkah yang diambil begitu lambat dan langsung tidak agresif.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
china ai

China akan Menggantikan kepintaran buatan (AI) US?

Next Post
gelongsor kaca

Gelongsor Kaca I-City: Tiada Kelulusan Dari Awal?

Related Posts