Dosa Penjajah Malaysia: Warisan Kelam Yang Masih Membelenggu Malaysia

Negara yang kita cintai akan iaitu Malaysia ataupun spesifiknya di bahagian Semenanjung Tanah Melayu akan menyambut kemerdekaan ke 67 pada 31 Ogos 2024 nanti.

Berbaki seminggu lagi, sudah semestinya banyak persiapan yang sedang dilakukan bagi untuk upacara memperingati tarikh keramat tersebut.

Namun demikian, rakyat Malaysia tanpa sedar masih lagi merasa terbeban dengan peninggalan dosa penjajah Malaysia yang ditinggalkan oleh penjajah-penjajah terdahulu seperti Portugis, Belanda, Jepun dan British.

Dalam isu ini, British merupakan penjajah yang menjajah Tanah Melayu dalam tempoh yang agak lama iaitu selama 130 tahun.

Penjajahan yang bermula pada tahun 1786 di Pulau Pinang sehingga memeterai Perjanjian Inggeris Pangkor 1874 yang menandakan permulaan penguasaan British ke atas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Perjanjian Bangkok 1909 yang membolehkan British memperoleh pengaruh ke atas negeri-negeri Melayu Utara (Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis) daripada Siam telah meninggalkan luka yang dalam kepada rakyat tempatan waktu itu.

Akhirnya, luka dan dosa penjajah British masih meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia hingga ‘mencacatkan’ imej Malaysia yang telah merdeka.

Penjajah British Meninggalkan Dosa Kepada Malaysia Walaupun Telah Merdeka

Penjajah Malaysia ini masih meninggalkan masih meninggalkan beberapa kesan negatif sehingga membelenggu negara hingga ke hari ini.

Antara dosa yang ditinggalkan oleh British di sini ialah pemerintahan pecah dan perintah. Pemerintahan pecah dan perintah ataupun ‘divide and rule‘ ini diamalkan oleh British dengan tujuan ingin melemahkan orang Melayu.

British mengamalkan dasar “pecah dan perintah” dengan memisahkan masyarakat mengikut kaum, seperti orang Melayu di kampung, orang Cina di kawasan perlombongan, dan orang India di ladang.

Dasar ini menyebabkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi, serta jurang etnik yang kekal sehingga kini, yang sering mencetuskan ketegangan antara kaum.

Pembentukan sosial masyarakat juga ditentukan oleh British dengan melalukan strategi meminggirkan ekonomi Bumiputera sehingga menyebabkan orang Melayu hidup dalam kemiskinan.

Penjajah British memberi tumpuan kepada pembangunan sektor ekonomi tertentu yang menguntungkan mereka, seperti perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Mereka juga mengimport buruh asing untuk sektor ini, yang meninggalkan Bumiputera, terutamanya orang Melayu, dalam keadaan ekonomi yang kurang berkembang.

Kesan ini masih dirasai dalam bentuk ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang memerlukan polisi khas seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang tersebut.

Selain itu, British dilihat tidak cukup dengan menyerang ekonomi Bumiputera malahan telah mengatur jenis pendidikan apa yang perlu diterima oleh setiap kaum yang bernaung di bawah British.

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British lebih menekankan pada pembentukan golongan elit yang pro-Barat dan kurang memberi perhatian kepada pendidikan teknikal dan vokasional.

Jika ada pun orang Melayu yang mendapat pendidikan di sekolah elit British iaitu Penang Free School dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, itu hanya terdiri daripada anak golongan elit Melayu sahaja yang dipersiapkan oleh British untuk menjadikan mereka sebagai tenaga kerja pentadbiran British setelah tamat pendidikan.

Pengamalan pendidikan ini masih dirasai hingga kini dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sektor pekerjaan dan keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang masih menjadi cabaran hingga kini.

Banyak juga undang-undang yang diperkenalkan oleh British masih digunakan hingga hari ini, dan ada di antaranya yang tidak lagi relevan atau menimbulkan kontroversi dalam konteks Malaysia moden.

Contohnya, Akta Hasutan yang digunakan untuk mengawal kebebasan bersuara, asalnya diperkenalkan semasa zaman penjajah untuk mengawal pemberontakan. Hal ini tidak dikira lagi dengan undang-undang lain yang dilihat perlu dibuat semakan semula oleh kerajaan agar tidak lagi masih dibayangi oleh British.

Kesan-kesan ini menunjukkan bahawa legasi penjajahan British masih wujud dalam pelbagai aspek kehidupan di Malaysia dan menuntut usaha berterusan untuk memperbetulkan ketidakadilan dan ketidakseimbangan yang diwarisi daripada zaman kolonial.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

31 Ogos: Hari Kemerdekaan Atau Hari Kebangsaan?

Next Post

Pendatang Asing Tanpa Izin: Ancaman Atau Peluang Kepada Malaysia?

Related Posts